berita

MK K-Clique Mohon Maaf Sebelum Berangkat Ke Tanah Suci

February 1st, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Pelakon serta penyanyi rap, MK K-Clique akan berangkat ke Tanah Suci, Makkah untuk menunaikan ibadah umrah pada hari ini bersama isteri dan keluarganya.

Artikel Berkaitan: MK K-Clique, Isteri & Keluarga Hadir Kursus Umrah, Rancang Ke Tanah Suci Bulan Februari

‘Maafkan saya’

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan membuat permohonan maaf kepada semua orang sekiranya dia terkasar bahasa mahupun perbuatan.

Bukan itu saja, MK juga meminta untuk menghalalkan segala perkara yang dia terlupa dan juga tidak sedar.

Bismillah, Assalamualaikum semua. Saya dengan rendah hati minta maaf dengan semua sekiranya saya ada terkasar bahasa atau perbuatan.

Maafkan saya dan halalkan apa saja yang saya terlupa atau tidak sedar. Dengan izin Allah. InsyaaAllah

‘Semoga dipermudahkan’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mendoakan semoga urusan MK dan keluarga untuk menunaikan umrah dipermudahkan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×