berita

Bekas Pekerja Pusat Jagaan Dera Secara Seksual 91 Kanak-Kanak, Rakam & Sebarkan Di Media Sosial

August 3rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

budak didera secara seksual

Seorang bekas pekerja di pusat penjagaan kanak-kanak ditahan pihak berkuasa selepas disyaki mendera secara seksual terhadap 91 orang kanak-kanak Australia.

Dera secara seksual 91 kanak-kanak

budak didera secara seksual

Memetik laporan BBC, suspek bukan sahaja mendera secara seksual tetapi dia juga tergamak merakam dan mengedarkan kandungan tersebut secara dalam talian. Pihak polis mendakwa, suspek yang berusia 45 tahun itu disyaki menjadikan gadis muda di pusat penjagaa luar dan dalam negara sebagai mangsanya sejak 15 tahun lalu.

Susulan daripada laporan yang diterima, suspek akhirnya ditahan polis pada Ogos tahun lalu dan polis telah mengambil masa setahun untuk menyiasat dan mengenal pasti mangsa yang didakwa. Polis juga menemui 4000 imej dan video dalam peranti elektronik milik suspek.

Suspek kini berdepan dengan 246 pertuduhan merogol dan 673 pertuduhan serangan tidak senonoh terhadap kanak-kanak. Suspek juga bakal dijatuhi hukuman maksimum penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Sumber: BBC

SKIP THIS AD ×