Selain Zakiah Anas, bekas penyampai program Majalah 3 iaitu Azura Abdul Karim, turut meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja mendapat tahu mengenai berita kehilangan Zalina Azman.
Artikel berkaitan: ‘Kali Terakhir Jumpa Pada Tahun 2013’ – Zakiah Anas Terkejut Dapat Berita Rakan Seperjuangan ‘Hilang’
Artikel berkaitan: Keadaan Rumah Berselerak, Bekas Personaliti TV3, Zalina Azman Dilapor Hilang Sejak Tahun Lalu
Tak pernah terserempak
Sebagai sahabat baik, Azura berkata dia hanya mampu berdoa agar rakan seperjuangannya di stesen televisyen TV3, Zalina Azman menemui jalan pulang. Tambah Azura, apa yang berlaku ini bukan seperti tindakan Zalina yang dikenali olehnya. Jelas Azura, Zalina seorang yang sangat bijak.
Sebagai saudara Islam dan rakan seperjuangan, saya minta pada Allah lindungi Zalina. Dan, saya harap Zalina jumpa orang baik-baik untuk menasihatkannya. Sebab sekarang macam-macam boleh berlaku. Iyalah, kita mungkin hilang segala-galanya apabila dalam kesusahan. Contohnya, kebahagiaan. Jadi, saya takut Zalina salah memilih kawan.
Azura turut memberitahu bahawa Zalina seorang yang sangat menjaga privasi dan tidak suka berkongsi masalah dengan orang lain.
Kami tak pernah bersembang mahupun berkongsi soal peribadi ketika satu pejabat dulu pun. Saya pun tidak pernah campur isu peribadi termasuk perceraiannya.
Ujar Azura lagi, dia tidak kenal rupa Zalina yang terbaharu ketika ada kawan mereka menunjukkan gambarnya beberapa tahun lalu.
Ini kerana sangat kurus dan muka tidak bermaya seperti Zalina yang saya kenal. Kita mengenalinya sebagai wanita bergaya dan sentiasa bersiap daripada atas ke bawah. Jadi, apabila melihat gambar, saya tertanya-tanya apa yang berlaku kepadanya.
Bagaimanapun, Azura enggan menimbulkan apa-apa spekulasi dan hanya berharap Zalina dapat kembali dengan selamat.
Sumber: Berita Harian