berita

Bekas Suami Dedah Sudah 2 Tahun Berpisah, Nadira Caliph Busker Pula Buka Mulut

January 28th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Pemain drum ahli kumpulan Caliph Busker, Fendy Adlun mendedahkan dia dan bekas isteri, Nur Nadira sudah dua tahun berpisah. Mereka yang sama-sama menganggotai kumpulan tersebut terpaksa merahsiakan penceraian di atas sebab-sebab tertentu. Menerusi Instagram, Nur Nadira pula meluahkan isi hati.

Tiada siapa yang inginkan perpisahan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadira (@missnadiralalala) on

Kisah semalam hanya sejarah yang mengajar diri untuk menjadi lebih kuat. Dua tahun merahsiakan, jalan yang terbaik adalah berterus-terang agar tiada lagi kekeliruan dan tanda tanya dari mana-mana pihak. Tiada siapa yang inginkan perpisahan. Namun sebagai manusia, siapa kita untuk menidakkan apa yang sudah tertulis. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ya, aku redha dengan ketentuan ini. Allah takkan turunkan sesebuah ujian jika kita tidak mampu untuk menghadapinya.

Tiada lain yang diharapkan, walau pun hubungan kita sebagai suami isteri telah pun berakhir, aku harap kita dapat berbaik jadi kawan sampai bila-bila. Moga kita dapat menjalankan amanah dan memikul tanggungjawab untuk bersama-sama menjaga dan membesarkan puteri kesayangan kita, Nurazalea Zafirah dengan baik, dengan penuh kasih sayang.

Terpaksa akur dengan takdir Allah SWT, Nadira mengakui tiada siapa yang inginkan perpisahan. Mereka percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Walaupun sudah berpisah, dia berharap hubungan baik sebagai kawan dengan Fendy akan kekal demi menjaga anak tunggal mereka, Nurazalea Zafirah.

Berjuta kemaafan ku mohon

Buat si dia yang pernah menjadi suamiku suatu masa dulu, terima kasih kerana telah hadir dalam hidup ini. Terima kasih kerana telah menjagaku walau dalam waktu yang singkat. Berjuta kemaafan ku pohon dari hati yang terdalam. Aku mohon ampunkan segala salah silap sepanjang beberapa tahun aku menjadi isteri, halalkan segala makan minumku selama ini. Meski pun jodoh kita tak panjang, jangan anggap ini sebagai yang terakkhir untuk kita. Tapi anggaplah ini sebagai satu titik permulaan untuk kita memulakan cerita baru, juga langkah baru dalam fasa kehidupan yang baru.

Aku doakan semoga kau berbahagia, moga dipertemukan dengan insan yang lebih baik. Satu je aku nak pesan, cari pasangan yang bukan hanya sekadar sayang diri kita, tapi carilah seseorang yang boleh terima kita seadanya, boleh terima dan sayang anak kita seperti anak-nya sendiri walau dalam apa jua sekali pun keadaan atau kondisi anak kita.

Dengan penjelasan ini, diharapkan selepas ini kita dapat menjalani kehidupan masing-masing dengan lebih tenang. Moga ada sinar kebahagiaan dan kebaikan untuk kita berdua. Sekali lagi, maafkan aku.
Ikhlas dari: Nurnadira.

Dia juga memohon ampun di atas salah silap sepanjang beberapa tahun bergelar suami isteri. Dia juga sempat berpesan supaya Fendy bertemu jodoh yang baik dan mampu menerima kekurangan diri seadanya termasuklah anak.

Sumber : Nadira

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×