
Pelakon Saidah Kamarudin enggan memanjangkan isu mengenai tindakan bekas tunangnya yang didakwa telah menggodam akaun TikTok miliknya.
Artikel Berkaitan: Saidah Kamarudin Dakwa Ex Tunang ‘Hack’ TikTok – ‘Jangan Cabar Saya’
Artikel Berkaitan: Muntazar Ghufran Sahkan Sudah Putus Tunang Dengan Saidah Kamarudin, Berpisah Oktober Tahun Lalu
Enggan beri ruang
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Saidah atau nama lengkap Nur Saidah Syahirah Kamarudin, 28, memilih untuk tidak membuka aib bekas tunangnya.
Tambah Saidah, laporan polis telah dibuat dan menyerahkan sepenuhnya pada pihak yang terlibat.
Saya tidak mahu lagi beri dia perhatian sebab dia memang suka fame yang sementara ini.
Banyak saja saya boleh buktikan tapi saya pilih untuk tidak berbuat sedemikian.
Awak mula dulu dengan menggodam TikTok saya. Peranti 14 Pro Max tiba-tiba ada dalam akaun saya haritu.
Awak komen bukan-bukan. Tengok cara menaip pun tahu itu awak.
Lepas tanda koma, awak tidak akan letak ruang. Kalau betul sekali saya lupa tukar kata laluan, apa hak awak untuk buat macam itu?
Kalau awak tak buat, saya akan berdiam saja.
Saya dah beri kenyataan pada pihak polis. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.
Semoga tabah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju untuk tidak menceritakan secara terperinci di media sosial dan menyerahkan perkara ini pada pihak polis. Selain itu, warganet turut mendoakan aktres berusia 28 tahun ini sentiasa kuat menghadapi ujian yang menimpanya.
Sumber: TikTok @SaidahKamarudin