
Seperti tidak mampu lagi menahan sabar, pelakon, Saidah Kamarudin meluahkan rasa berang dengan tindakan bekas tunangnya yang didakwa telah menggodam akaun TikTok miliknya.
Artikel Berkaitan: Muntazar Ghufran Sahkan Sudah Putus Tunang Dengan Saidah Kamarudin, Berpisah Oktober Tahun Lalu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Saidah Kamarudin Kini Tunang Muntazar Ghufran, Perbezaan Umur Jadi Perhatian
Diganggu ex tunang
Saidah atau nama lengkap Nur Saidah Syahirah Kamarudin, 28, mendakwa, bekas tunangnya itu juga telah menghantar mesej kepada rakan-rakanya.
Saya simpan sahaja aib awak, saya senyap dan tidak bercakap apa-apa. Sanggup awak godam TikTok saya dan ‘DM’ kawan-kawan saya. Awak jangan cabar saya.
Saidah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok.
Dalam perkongsian sama, Saidah turut mendakwa bekas tunangnya itu masih mengganggu kehidupannya.
Pov: bila kau cuba untuk hidup tenang tapi ex tunang masih kacau hidup kau.
Walau bagaimanapun, Saidah tidak menyebut mana-mana nama individu yang dimaksudkan dalam hantaran dibuatnya itu.
Imbas kembali, Saidah pernah mengikat tali pertunangan dengan aktor, Muntazar Ghufran pada Mei tahun lalu.
Namun, ikatan pertunangan tersebut terlerai apabila Muntazar mengesahkan mereka sudah putus tunang pada Oktober tahun sama.
Sumber: TikTok