berita

Bekas Tunang Mengaku Diri Tidak Sempurna, Zarina Anjoulie Harap Tak Gaduh Lagi

February 25th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas digesa untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, akhirnya bekas tunang kepada pelakon Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey tampil berbuat seperti yang diminta.

Artikel Berkaitan: Zarina Anjoulie Tuntut Khazrul Elzey Datang Minta Maaf & Bagi ‘Statement Live’ – ‘Bila Masa Saya Kasi Awak Gambar Bogel ..’

Dengan rasa rendah diri

Menerusi hantaran di akaun TikTok yang baru, Khazrul memohon maaf kepada seluruh keluarga Zarina atau lebih mesra disapa Anju terutama kedua ibu bapanya.

Kata Khazrul, dia berharap agar persengketaan antara mereka sudah berakhir pada hari Jumaat.

Saya mohon maaf kepada keluarga Anju  khususnya daddy dan mommy. Saya berharap masalah antara kami telah pun selesai pada hari Jumaat yang barakah.

Kepada Anju, saya mohon (maaf) kerana terkhilaf. Saya manusia yang tidak sempurna. Anju, semoga berjaya dan jangan lupa saya hutang awak Starbucks.

Dalam pada itu, Khazrul berterima kasih kepada aktres berumur 36 tahun itu yang menerima baik kunjungan keluarganya ke Negeri Sembilan.

Terima kasih menerima kunjungan keluarga saya dengan baik. Jaga diri Anju.

Difahamkan, Khazrul kini sedang berada di Abu Dhabi atas urusan kerja.

Harap berdamai

Sementara itu, pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul menerima kata-kata maaf itu dengan hati terbuka.

Selain itu, dia juga merendah diri meminta maaf serta berharap agar hubungan mereka tidak akan ada lagi pergaduhan.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×