Meskipun hubungan dengan Datuk Seri Khazrul Elzey terputus di tengah jalan namun pelakon Zarina Anjoulie menyatakan dia dan keluarga bekas tunang berada dalam keadaan baik.
Artikel Berkaitan: Bekas Tunang Zarina Anjoulie ‘Spill The Tea’, Lega Tak Jadi Kahwin – ‘Google Bersepah Gambar Bogel’
Nak jaga hubungan
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Zarina mengucapkan terima kasih atas kunjungan ahli keluarga Khazrul ke rumahnya. Kata Zarina atau lebih mesra disapa Anju, dia akan sentiasa menyayangi serta menghormati hubungan kekeluargaan yang sudah dibina.
Di Instagram Stories, Anju, 35, menggesa Khazrul untuk tampil memohon maaf kepada keluarganya selain perlu membuat siaran langsung bagi menjernihkan kembali semua dakwaan yang sudah menimbulkan fitnah.
Kata Anju, Khazrul sudah memetik kes dadah dan mendakwa dirinya mempunyai gambar bogel milik aktres tersebut.
Dalam pada itu, pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul berkata dia terbuka hati untuk berbaik dengan Khazrul. Namun, tegasnya, ibu bapanya tidak patut terseret sekali dalam konflik aib ini.
Screenshot
Sumber: Instagram