berita

Bekas Tunang Zarina Anjoulie ‘Spill The Tea’, Lega Tak Jadi Kahwin – ‘Google Bersepah Gambar Bogel’

February 21st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Makin panjang episod ini! Bekas tunang kepada Zarina Anjoulie, Datuk Seri Khazrul Ezley naik hantu dengan pelakon tersebut apabila dilihat saling membalas di media sosial.

Artikel Berkaitan: Bekas Tunang Nasihat Zarina Anjoulie Untuk Tidak Meroyan Lagi – ‘Solat, Sebut Nama Allah, Zikir & Selawat’

Miskin sangat ke?

Menerusi TikTok, Khazrul menegaskan kepada Zarina dia tidak peduli sekiranya pagar rumah itu dirobohkan.

Kata Khazrul, sekiranya ingin diteruskan pembinaan, dia mencadangkan kepada Zarina untuk menjual cincin tunang dan nikah bagi menampung kos tambahan.

Panas nampak? Hello dear pagar itu sila robohkan saja, tak ada isu lain ke nak petik? Dah pokai ke duit nak sambung? RM8,000? Hahaha lebih baik saya sedekah pada orang lain dari melayan benda bodoh.

Mula kata tak nak lepastu nak sambung then minta RM8,000. Dah miskin sangat ke tu? Tak ada duit nak bayar sewa ke? Rasakan bila orang buka aib awak macam mana.

Menjawab isu konten rumah, Khazrul menyifatkan aktres berumur 35 tahun itu hanya layak tinggal di reban ayam.

Meroyan cerita pasal rumah saya pula. Hello setakat orang macam awak bagi rumah reban ayam saja!

Tak layak langsung dengan saya, not my taste! Baik saya simpan buat harta untuk anak!

Apa cerita?

Selain itu, Khazrul memetik kontroversi gambar bogel pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul yang pernah tular sebelum ini.

Wah.. cuba padam gambar bogel awak dalam google. Itu la acah-acah suci tapi hati kotor dan hasad dengki. Suka sangat buka aib orang.

Awak rasa saya takut dengan awak? Silap orang okey. Go to hell!

Dalam pada itu, Khazrul turut bersyukur kepada Allah SWT kerana menunjukkan kebenaran tanpa menunggu lama iaitu selepas dua minggu mengikat tali pertunangan dengan Anju.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×