Tunang kepada Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey mendedahkan dia sudah berhubung dengan pelakon tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarina Anjoulie Cabar Bekas Tunang Datang Rumah, Bersemuka Dengan Ibu Bapa – ‘Awak Datuk Seri Patut Kawal Situasi Lagi Bagus’
Akan berbincang
Menerusi TikTok, Khazrul menyatakan dia akan bertemu dengan ayah Zarina atau lebih mesra disapa dengan Anju pada 17 Februari ini.
Selain itu, Khazrul turut memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Anju.
Hari ni dia ada text (mesej) saya dan saya pun ada reply (balas). Apa yang kami bincangkan itu saya rahsiakan dulu. By the way, Anju saya akan jumpa ayah awak pada 17 hari bulan ini. Saya akan bagitahu ayah awak, siap awak.
Pada 17 hari bulan ini nanti saya akan berjumpa ayah Anju dan berbincang dengan dia. Doakan yang baik-baik buat kami, semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Banyakkan berzikir
Dalam pada itu, tunang yang berumur 45 tahun mengingatkan pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul untuk tidak lagi ‘meroyan’ serta lantang bercerita di media sosial.
Semoga kamu sukses. Saya doakan kamu berjaya teruskan buat live untuk kamu punya produk. You are the best influencer, all the best.
Don’t talk about me eh, you don’t meroyan. So, Anju nanti kita jumpa pada 17 haribulan ini. Tenang, relax, solat dan sentiasa sebut nama Allah, zikir, selawat ke atas Nabi.
Kita muhasabah diri kita, berubah dan tak perlu cerita masalah diri kita pada orang lain. Itu kan lebih baik. Jaga aib, itu yang penting.
Sebelum ini, Zarina menulis kapsyen, ‘Broken (hancur) tapi masih bertahan,’ dengan berlatar belakangkan lagu Elley Duhe, Middle of the Night.
Terdahulu, Zarina memberitahu mereka sudah ‘diikat’, dan sudah menempah baju pengantin dan cincin pada 26 Januari.
Sumber: TikTok