berita

Bekerja & Belajar Dari Rumah? Ini 4 Tip Untuk Bantu Korang Lebih Jimat Tenaga!

July 7th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Pening macam mana cara nak jimat elektrik? Ha..mungkin ramai antara korang yang mengalami masalah yang sama kan? Mana taknya, bila duduk rumah, ketika waktu PKP ni memang kerap menggunakan peralatan elektrik.

Tapi benda-benda macam ni memang tak boleh nak elak, lebih-lebih lagi kalau kita bekerja dan belajar dari rumah.

Takpe, kali ini kami akan share beberapa tip dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang korang boleh buat seperti melakukan aktiviti bersama keluarga di rumah dan juga bagaimana cara menguruskan penggunaan elektrik yang betul bagi mengurangkan pembaziran tenaga.

1. Kurangkan penggunaan skrin & lakukan aktiviti fizikal

Tanpa kita sedari, apabila berada di rumah, semua orang asyik tengok gajet. Ha, bukan saja untuk anak-anak, mak bapak pun tak terkecuali kan? Ada TV, komputer, tablet..eh macam-macamlah. Kalau macam ni, kuranglah masa berkualiti bersama keluarga. Tenaga elektrik pun digunakan dengan banyak untuk cas semua gajet ni.

Jadi, cara mudah untuk korang elakkan pembaziran elektrik adalah dengan melakukan aktiviti santai serta bermanfaat seperti membaca buku, main jigsaw puzzle atau ajar anak-anak korang reka cipta kraf tangan menggunakan bahan terpakai. 

Aktiviti-aktiviti macam ni bukan saja seronok tau, malah dapat meningkatkan kesihatan mental dan kehidupan yang lebih baik.

2. Buat aktiviti memasak

Memasak bersama keluarga adalah salah satu cara terbaik bagi mengeratkan lagi hubungan. Korang boleh rancang menu dan bahagikan tugasan di dapur untuk masak dan makan bersama-sama. Barulah dapat menjimatkan masa dan tenaga korang kat rumah tu.

Tapi perlu diingatkan juga ya, kalau ada lebihan makanan atau masakan yang masih panas, pastikan sejukkan terlebih dahulu sebelum korang simpan dalam peti sejuk untuk menjimatkan tenaga.

3. Berkumpul & membuat kerja di rumah dalam satu ruang sahaja

Memandangkan korang dan anak anak sedang bekerja dan belajar dari rumah buat masa sekarang ni kan, apa kata kalau korang berkumpul di satu ruangan sahaja. Ini membolehkan korang membuat penjimatan dalam penggunaan tenaga elektrik tau.

Yelah..mana taknya, kalau duduk di tempat yang berasingan dan masing-masing buat hal sendiri je, lampu, kipas dan peralatan lain pun mestilah banyak digunakan. Jadi, bagi mengelakkan pembaziran ini, korang boleh lah amalkan tip ni ya! Sambil tu boleh lah berinteraksi dengan keluarga kan?

4. Menanam pokok di dalam & luar rumah

Ha, mesti ramai yang minat tanam pokok sekarang kan? Baguslah! Korang tahu tak pokok dalam rumah dapat membantu merendahkan suhu udara?

Jadi, pada waktu tengahari tu boleh la korang kurangkan buka air con dalam rumah, sebab pokok-pokok ni membantu membebaskan udara segar. Disamping dapat menjimatkan tenaga elektrik, korang pun dapatlah nikmati pemandangan yang indah setiap hari.

Jom amalkan tip penjimatan penggunaan elektrik dari TNB dengan lebih cekap dan efisien!

Menerusi tip-tip daripada TNB ini, diharap bolehlah sedikit sebanyak membantu korang menguruskan penggunaan elektrik di rumah dengan lebih bijak.

Bukan tu saja, TNB turut memperkenalkan teknologi seperti Meter Pintar, aplikasi myTNB dan dan Grid Pintar. Inisiatif dan kemudahan teknologi ini membantu korang sebagai pengguna yang bijak untuk memantau penggunaan elektrik dengan penjimatan tenaga secara lebih cekap.

Ha..kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang tip lain daripada TNB bagi menguruskan penggunaan elektrik, boleh layari laman web mereka di SINI.

SKIP THIS AD ×