berita

Bekerja Dari Pagi Sampai Malam, Petugas Kesihatan Perit Hadapi ‘The Little Wuhan’ Di Semporna

October 6th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Peningkatan kes positif di Sabah saban hari semakin meningkat. Kadar peningkatan tersebut secara tidak langsung menimbulkan kegusaran orang ramai. Tambahan, timbul perasaan hiba dan kasihan akan nasib yang dihadapi frontliners dalam menyembuhkan pesakit yang dijangkiti.

Seperti perkongsian salah seorang petugas kesihatan di Hospital Semporna iaitu Atfina Ibrahim, berkongsi luahan rasa dan memberi gambaran terhadap keadaan yang sedang berlaku di negeri Sabah itu. Mereka berdepan dengan ramai pesakit, tidak kira usia atau warganegara demi berbakti buat negara.

‘The Little Wuhan’

Foto: Google

Seminggu bertugas di Semporna, aku dapat rasakan betapa beratnya tanggungjawab pegawai perubatan, staf hospital dan klinik kesihatan di sini. Diibaratkan sebagai ‘The Little Wuhan’, seluruh komuniti berisiko besar dijangkiti Covid-19. Setiap hari nombor positif kes bertambah.

Aku tidak suka bercerita tentang kerja. Aku bukan jenis sentiasa post di media sosial tentang kerjaya aku walau lebih 10 tahun servis di hospital. Tapi kali ini berbeza. Sesuatu yang aku rasa aku harus kongsikan.

Ditugaskan di jabatan kecemasan aku kagum dengan semangat doktor muda dari Semporna. Bekerja dari pagi sampai ke malam. Bertungkus-lumus merawat pesakit yang rata-rata RTK positif. Tidak mengenal warganegara atau bukan warganegara, tanggungjawab tetap dipikul. Memakai full PPE lebih dari 9 hingga 10 jam.

Semporna kini diibaratkannya sebagai ‘The Little Wuhan’ yang berdepan dengan ramai pesakit positif Covid-19. Boleh dikatakan, setiap hari bilangan kes meningkat. Rata-rata petugas kesihatan di sana juga bekerja tidak mengira waktu dan memakai PPE lebih dari 10 jam.

Tidak makan dan minum

Tidak makan dan minum semata-mata mahukan yang terbaik untuk pesakit. Masih ada system on call lebih 24 jam di waktu wabak ini kerana manpower tidak mencukupi.

Berhadapan pesakit yang positif mengundang risiko yang amat tinggi bagi kami. Prolonged stay with the patients kerana manpower tidak mencukupi untuk shift systems. Mixed feelings. Betul. Mixed feelings

Hampir setiap hari ada yang harus di ‘intubate’. Risau akan dijangkiti?? Haruslah!!! Tapi apa pilihan yang kami ada? Bertahan untuk yang terbaik buat pesakit dan komuniti. Setiap hari sebelum masuk bekerja aku akan berdoa. ‘Ya Allah permudahkanlah urusan sepanjang kerja di sini. Jauhkanlah kami dari bala bencana dan wabak. Bantulah kami Ya Allah’.

Rakan-rakan perubatan bantulah Semporna. Marilah berjuang bersama-sama di sini. Pakar atau pegawai perubatan. Jururawat, MA, staff X-ray, staff makmal, driver, PPK. Kita harus bersama bantu mereka. Kembalikan senyuman dan semangat team Hospital Semporna. Berjuang!! Sahabat di semenanjung buatlah sehabis baik. Jaga SOP, keluar jika perlu, kerap basuh tangan dan hand sanitiser. Kita belum menang!

Ada di antara mereka bertugas lebih dari 24 jam kerana kakitangan tidak mencukupi dalam mengendalikan perkara ini. Kini, tidak kira apa juga jawatan sekalipun, mereka berganding bahu turun padang demi membantu membendung wabak ini dari terus tersebar.

Tambahan, dia juga sekali lagi mengingatkan kepada umum untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti sentiasa memakai pelitup muka, menjaga jarak sosial dan menggunakan cecair membasmi kuman.

Sumber: Atfina Ibrahim

SKIP THIS AD ×