Beg Batik PMX Belanjawan 2024

Selain daripada intipati Belanjawan 2024 yang dilihat banyak memberikan manfaat buat rakyat, penampilan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mencuri tumpuan wargamaya.

Artikel Berkaitan: Belanjawan 2023: Manfaat Buat Wanita & Ini Tumpuan Utama Yang Korang Perlu Tahu!

Bawa beg batik buatan lokal

Menerusi beberapa gambar dan video yang tular di media sosial, Anwar yang memakai baju melayu berona ungu tiba di perkarangan Parlimen sambil ditemani oleh dua Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong.

Apa yang mencuri perhatian ialah, Ahli Parlimen Tambun itu dilihat menjinjit beg berwarna hitam bercorak Arabesque untuk membawa dokumen Belanjawan 2024 yang dibentangkan.

Difahamkan, beg tersebut merupakan hasil kerja tangan sepenuhnya pengusaha batik tempatan berasal dari Kelantan, Khairul Aznan yang kini meneruskan legasi perusahaan tiga generasi keluarganya.

Netizen keliru

Beg Batik PMX Belanjawan 2024

Sementara itu, segelintir netizen juga dilihat meluahkan rasa keliru dengan reka bentuk beg yang dibawa Anwar yang didakwa seakan sama ketika membentangkan belanjawan pada tahun lalu.

Sumber: Harian Metro, Twitter