Rentetan daripada penularan video seorang artis lelaki yang menumbuk pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati Nilai Negeri Sembilan semalam telah mendapat perhatian pihak berkuasa.
Berikutan tindakan itu, pihak polis telah menahan artis tersebut petang semalam untuk siasatan. Namun, hari ini menurut laporan Harian Metro, artis berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan.
Dibebaskan dengan jaminan
Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, arahan pembebasan artis tersebut adalah atas arahan mahkamah selepas pihak polis membuat permohonan untuk mendapatkan perintah reman pagi ini.
Kita (polis) bawa lelaki itu ke mahkamah untuk memohon perintah reman, namun mahkamah memerintahkan untuk dia dibebaskan dengan jamin. Bagaimanapun, kita masih meneruskan siasatan.
Pagi tadi, artis lelaki berkenaan yang memakai kemeja biru telah dibawa dengan trak polis ke Kompleks Mahkamah Seremban dan dibawa masuk ke Mahkamah Khas Reman untuk mendapatkan permohonan reman.
Semalam, artis berkenaan bertindak memukul dan menumbuk seorang pengawal keselamatan yang berusia 70 tahun. Mangsa mengalami kecederaan pada hidung, bengkak di muka dan sakit di bahagian pinggang serta lutut.
Sumber: Harian Metro