berita

Pengawal Keselamatan Warga Emas Cedera Didakwa Dipukul Artis Lelaki Terkenal

April 7th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Viral di media sosial video seorang artis lelaki bertengkar dengan pengawal keselamatan kawasan perumahan di Acacia Park Desa Jati, Nilai Negeri Sembilan. Di dalam video berdurasi 0:25 saat itu, kereta Proton Perdana berwarna hitam yang dipandunya kelihatan memasuki kawasan perumahan tanpa kebenaran.

Viral di media sosial

 

Menerusi laporan Berita Harian, dalam kejadian jam 8 malam itu pengawal keselamatan warga emas yang berusia 68 tahun cedera didakwa ditumbuk tiga kali di bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar memberitahu selepas kereta masuk, pengawal keselamatan segera menutup palang keluar pos dan mengejar kereta yang dipandu artis berkenaan.

Selang beberapa minit selepas itu, kereta artis berkenaan melalui semula pos pengawal keselamatan untuk keluar dari kawasan perumahan berkenaan, namun terhenti akibat laluan keluar ditutup dengan palang.

Berkemungkinan kerana berang kenderaannya dihalang, artis lelaki itu keluar dari kereta sebelum menuju ke arah pengawal keselamatan dan berlaku pertengkaran.

Lebam di mata kanan

Tambah Marzukee lagi, mangsa lebam di bahagian mata kanan dan sakit pada batang hidung selepas ditumbuk sebanyak tiga kali.

Artis berkenaan turut dilaporkan menendang pinggang pengawal keselamatan selain mengambil batu bata di tepi laluan keluar dan membaling ke arah pengawal keselamatan itu, namun dapat dielaknya.

Selain itu, pengawal dalam laporannya pagi tadi, turut mendakwa artis berkenaan meminta dia berjaga-jaga kerana hanya bertugas sebagai pengawal keselamatan dan bukannya polis.

Setakat ini, siasatan lanjut berdasarkan maklumat saksi dan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sedang dijalankan. Buat masa ini, artis berkenaan masih belum ditahan.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja dan Seksyen 427 kanun yang sama atas kesalahan melakukan khianat dengan merosakkan harta benda awam.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×