berita

Belasah Si Mabuk Sampai Mati, 16 Ahli Keluarga Ditahan Polis

July 3rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

16 sekeluarga telah ditahan oleh pihak polis selepas disyaki memukul salah seorang ahli keluarga sendiri sehingga maut. Insiden cemas itu berlaku di kediaman mereka yang terletak di sebuah rumah Ladang Baru Kelang, Banting.

Dibelasah ahli keluarga

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Kosmo, kejadian tersebut dipercayai berpunca selepas mangsa yang berusia 30-an itu telah pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Bukan itu sahaja, mangsa kemudian mula bertindak di luar kawalan dengan merosakkan kenderaan dan mengasari serta memukul beberapa ahli keluarganya. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh, perbuatan tersebut secara tidak langsung telah mengundang kemarahan ahli keluarga yang lain.

Kenderaan milik adiknya turut dirosakkan apabila cermin kereta dipecahkan menggunakan batu bata. Ekoran itu, ahli keluarga yang berang dengan perlakuan itu bertindak memukul mangsa menggunakan kayu, kerusi dan batu.

Berikutan daripada insiden itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala telah dikejarkan ke hospial sebelum disahkan meninggal dunia. Selepas menerima laporan daripada hospital, pihak polis bertindak menahan seramai 16 individu termasuk ibu bapa, adik-beradik dan saudara mara terdekat mangsa untuk membantu siasatan. Pihak polis turut merampas senjata kayu, batu dan kerusi yang digunakan untuk ketika kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo, Bernama

SKIP THIS AD ×