Pelakon, Ozlynn Wati menitipkan nasihat agar terus berusaha dan berserah kepada Allah kerana setiap rezeki sudah diatur dengan sebaiknya susulan seorang individu meminta dirinya mendoakan agar dikurniakan zuriat.

Artikel Berkaitan: ‘Gigih Bangun Pagi, Masak Nasi Lemak.. Kongsi Rezeki Dengan Kawan Anak-Anak’ – Ozlynn

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tolong Azar Azmi Bukan Atas Dasar Nak Menunjuk’ – Ozlynn

Tawakal kepada Allah

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna memohon doa daripada Ozlynn agar dikurniakan cahaya mata selepas melalui fasa berusaha untuk mendapatkan zuriat pertama.

Kak Ozlynn, doakan saya dapat baby.

Sekarang di fasa try hard untuk ada zuriat pertama.

Bagaimanapun, hantaran tersebut meraih perhatian Ozlynn Wati atau nama penuhnya Rozlinawaty Ismail, 45, yang berpandangan mungkin Allah sedang mengatur sesuatu yang lebih istimewa buat individu tersebut.

Usaha, doa dan tawakal kepada Allah.

Kadang-kadang Allah tak bagi lagi sebab ada sesuatu yang Allah nak bagi lebih istimewa untuk awak.

Mungkin urusan kewangan atau dapat jaga ibu bapa.

Bersangka baik dengan Allah.

Dalam masa sama, aktres drama ‘Terhentinya Doa’ itu turut menitipkan doa agar individu tersebut dapat merasai nikmat mengandung dan bergelar ibu seperti wanita lain.

Saya tetap doakan semoga awak dapat rasa nikmat mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak sama seperti ibu-ibu lain di luar sana.

Jangan stress, enjoy sahaja.

Sumber: Threads