berita

Belikan Panadol Dikirim Customer, Tindakan Mulia Rider Makanan Segera Ini Dipuji

August 14th, 2019 | by Shira
Kini Trending

Servis penghantaran makanan semakin popular dari pelbagai peringkat umur terutamanya mereka yang tinggal di bandar. Kesesakan lalu lintas merupakan salah satu sebab mengapa permintaan terhadap servis pengantaran makanan ini semakin meningkat dari hari ke hari. Pelbagai pengalaman yang sering dilalui oleh mereka yang menggunakan khidmat ini samada pengalaman baik mahupun sebaliknya.

Menerusi Twitter Wan Amirul Izarin, lelaki ini kongsi pengalamannya semasa membuat pesanan makanan segera atas talian. Menurut Amirul Izarin, dia berasa terharu apabila rider penghantar makanan tersebut tidak keberatan membelikannya panadol.

Pesan panadol dekat abang rider…

Menurut laporan Metro Harian, disebabkan Amirul Izari demam dan tiada bekalan ubat di rumah, dia membuat keputusan untuk memesan makanan segera daripada khidmat penghantaran makanan dan sekaligus memesan rider tersebut untuk membelikannya panadol.

Kiranya, saya hanya cuba meminta pertolongan dan tidak sangka dia (penghantar makanan) membelikan panadol dan menghantarnya bersama makanan dipesan

Jujurnya, saya terharu dengan kebaikannya dan hanya mampu mengucapkan terima kasih serta memberikan wang tambahan sebagai tanda penghargaan selepas menerima bungkusan makanan daripadanya

Reaksi netizen..

Perkongsian ini telah mendapat perkongsian sebanyak 28.3k dan tontonan sebanyak 25.7k sejak ianya dimuat naikkan pada 12 Ogos yang lalu. Wan Amirul Izarin dalam perkongsian tersebut mendoakan semoga abang rider tersebut dimurahkan rezeki. Rata-rata netizen memuji tindakan rider tersebut dan turut mendoakan akan kesembuhan Amirul Izarin.

Kejadian seperti ini mengajar dan memberi kesedaran kepada kita supaya lebih menghargai pekerjaan orang lain dan saling membantu antara satu sama lain. Ingat! Tolong menolong amalan mulia.

Sumber: Amirul Izarin, Metro Harian