berita

Bell Ngasri Jadi Duta Produk Wangian, Teruja Nak ‘Berkampung’ Di Karnival Kedah Best

October 30th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

BELL NGASRI

Rezeki makin mencurah-curah! Bintang Paling Popular (ABPBH) Ke-35, Bell Ngasri bersyukur apabila diberi penghargaan untuk menjadi duta serta menjadi wajah rasmi jenama wangian.

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Usaha 37 Tahun Bell Ngasri Jadi Pelakon Berbaloi- ‘Saya Tiada Kelab Peminat, Allah Izinkan Menang’

Artikel Berkaitan: Isteri Bongkar Sisi Tegas Bell Ngasri Di Rumah -‘Anak-Anak Tak Tahu Itu Kelakar Atau Serius’

Tak pernah terfikir dapat rezeki

bell ngasri duta wangian

Ketika ditemui OhBulan!, Bell akui teruja untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai duta produk wangian Bell Edition selama tiga bulan.

Kata Bell yang popular menerusi watak Barkoba yang juga geng plastik hitam dalam telefilem ’16 Puasa’, ’17 Puasa’ dan ’18 Puasa’, dia akan ‘berkampung’ di Karnival Kedah Best pada 23 Disember ini.

Saya tidak pernah terfikir suatu hari nanti diberi peluang menjadi duta wangian. Walaupun hanya diikat selama tiga bulan namun ianya satu pengalaman yang cukup mengujakan.

Dan pastinya Festival Kedah Best bakal menjadi platform untuk saya turun bertemu peminat yang selama ini tidak jemu-jemu menyokong kerjaya lakonan saya.

Menerusi wangian Bell Edition, ia tampil dengan tiga variasi iaitu Bell Eau De Parfum for Him, Bell Eau De Parfum for Her dan Bell Freshener.

Bell ada potensi besar

Bell ngasri

Menurut Pengarah Urusan Iconic Sky Entertainment, Muhammad Danial Ismail, pemilihan Bell sebagai duta produk untuk wangian Sky bagi Bell Edition adalah bertepatan dengan visi mereka untuk memperkenalkan jenama terbabit kepada pasaran tempatan.

Ini merupakan wangian pertama keluaran Iconic Sky Entertainment yang diberi nama Sky. Untuk edisi pertama Sky, kami tampil dengan kolaborasi bersama Bell Ngasri dan kami datang dengan tiga variasi dan ia akan dijual di platform online yang Iconic Sky Entertainment sediakan.

Bell Eau De Parfum for Him, kami tampilkan bauan citrus fresh manakala untuk Bell Eau De Parfum for Her pula, kami tumpukan kepada aroma sweet rose. Untuk Bell Freshener yang sesuai untuk diletakkan di dalam kereta atau rumah, kami tampilkan wangian vanilla cream.

Sebagai pemain baharu dalam industri ini, besar harapan kami untuk memperkenalkan wangian Sky kepada peminat wangian tempatan, seterusnya memikat hati orang ramai. Kami percaya Bell mempunyai potensi besar untuk membawa jenama Sky dengan lebih meluas.

produk wangian

Dalam pada itu, Danial turut mengumumkan acara Karnival Kedah Best yang turut menjadi rangka promosi bagi memperkenalkan wangian Sky ini.

Kami bakal adakan acara besar-besaran untuk melancarkan wangian ini di Karnival Kedah Best yang akan berlangsung di Tasek Darul Aman Park, Jitra Kedah pada 23 Disember hadapan.

Bell Ngasri sendiri akan turun padang ke sana bagi memeriahkan acara. Selain pelancaran dan jualan wangian, Karnival Kedah Best turut menarik ramai pengunjung dengan pelbagai acara menarik seperti Pertandingan Memancing, Perhimpunan Motor, Jualan T-Shirt (motor dan memancing) serta booth jualan makanan.

Pengunjung yang datang boleh menyertai cabutan bertuan dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000 antaranya Nissan GTR, Yamaha 135LC, gelang emas dan wang tunai dengan setiap pembelian. Kesemua pembelian wangian dan baju akan mendapat satu kupon cabutan bertuah.

SKIP THIS AD ×