berita

#ABPBH35: ‘Yak Yak Yeah’ Menang! Malaysia & TV3 Isytihar Bell Ngasri Bintang Paling Popular

July 21st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Anugerah paling berprestij iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 yang buat julung kalinya diadakan di Istana Budaya baru sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi.

Artikel Berkaitan: Janna Nick Dinobat Bintang Paling Popular, Ini Senarai Penuh ABPBH 34

Artikel Berkaitan: #ABPBH35 ‘Seriuslah Popular? Saya Media Sosial Tak Sampai Sejuta Pun’ – Beto Kusyairy

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Dinobat Aktres Filem Popular, Netizen Tak Puas Hati Sofia Albakrabah Tewaskan Maya Karin & Diana Danielle

Artikel Berkaitan: #ABPBH35 ’20 Tahun Lebih Saya Tunggu’ – Elly Mazlein

Bell Ngasri Bintang Paling Popular

ABPBH tahun ini menyaksikan Bell Ngasri merangkul Anugerah Bintang Popular edisi ke-35 selepas mendapat undian paling tertinggi. Selain membawa pulang trofi kemenangan, Bell Ngasri juga mendapat pakej umrah tajaan daripada penaja, Fellera Skinz. Tahniah Bell Ngasri!

Selain Bell, berikut OhBulan! kongsikan senarai penuh pemenang bagi keseluruhan kategori yang dipertandingkan di ABPBH 35. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Senarai Pemenang ABPBH 35

  1. BBNU Lelaki Popular – Amir Ahnaf
  2. BBNU Wanita Popular – Anna Jobling
  3. Penyanyi Lelaki Popular – Khai Bahar
  4. Penyanyi Wanita Popular – Aina Abdul
  5. Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Dolla
  6. Aktor Filem Popular – Beto Kusyairy
  7. Aktres Filem Popular – Sophia Albarakbah
  8. Aktor TV Popular – Meerqeen
  9. Aktres TV Popular – Anna Jobling
  10. Penyampai Radio Popular – Tyzo
  11. Pengacara TV Popular – Elly Mazlein
  12. Artis Komedi Popular – Bell Ngasri

Anugerah Kategori Ekstra ABPBH 35

  1. Couple Drama Popular – Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
  2. Couple Filem Popular – Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)
  3. Drama Popular – Melur Untuk Firdaus (A-Ten Alliance Sdn. Bhd)
  4. Lagu Paling Boom – Terus Hidup (Aina Abdul)
  5. Content Creator Popular – Alieff Irfan
  6. TikTokers Popular – Sally Whoo
  7. Video Viral Popular – Syahmi Sazli, Hasif & Yoe Parey

Anugerah Khas Ekspresi Legasi Seni

Bukan itu sahaja, edisi ABPBH kali ini turut menganugerahkan Anugerah Khas Ekspresi Legasi Seni kepada seniwati negara, Tan Sri Michelle Yeoh di atas kejayaan beliau yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Oscars pada Mac yang lalu.

Bukan itu sahaja, anugerah tersebut juga diberikan atas kejayaan beliau yang berjaya menempa nama sebagai seorang pelakon di persada dunia.

Namun begitu, anugerah hanya dapat diambil oleh wakil kepada Michelle yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran di luar negara.

SKIP THIS AD ×