berita

Bella Astillah Buat Kuih Raya Sampai Lewat Malam, Netizen Puji – ‘Dah Lah Cantik, Pandai Cari Duit’

March 22nd, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Bella Astillah

Sebelum ini, pelakon Bella Astillah memaklumkan dia akan menjual beberapa jenis kuih raya sepanjang Ramadan tahun ini.

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Jual Kuih Raya Sepanjang Ramadan – ‘Ada Batang Buruk & Red Velvet Cookies’

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Tak Mahu Ada Kontroversi Tahun 2024, Puji Aliff Aziz Tunjuk Perubahan – ‘Suami Yang Baik’

‘Homemade’

Bella Astillah

Menurut Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah kesemua jenis kuih raya yang dijual merupakan air tangan sendiri dan resepi turun temurun keluarga.

Terbaharu, aktres berusia 32 tahun itu berkata dia akan membuat kuih raya pada lewat malam sejurus pulang dari kerja.

Balik lewat malam lepas kerja buat kuihnya. Semua homemade, memang buat dekat rumah.

Rumah saya dah macam kilang, penuh kuih. Saya buat kuih batang buruk dan red velvet cookies. Nanti rancang nak tambah lagi iaitu semperit rainbow dengan makmur.

Bella berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok Inayah Beauty Trading.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji ibu kepada dua cahaya itu dengan mengatakan selain memiliki wajah yang cantik, dia juga pandai mencari duit lebih dan mengharapkan pendapatan dari kerjaya lakonan.

Dah lah cantik, pandai masak, pandai bisnes, pandai buat kuih serba boleh Bella ini.

Rajin dan pandai cari duit lebih, bagus dia.

Dia sangat pandai berdikari.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×