berita

Bella Astillah Tak Mahu Ada Kontroversi Tahun 2024, Puji Aliff Aziz Tunjuk Perubahan – ‘Suami Yang Baik’

January 30th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Bella

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berharap tiada lagi kontroversi mahupun cerita panas yang akan timbul membabitkan dirinya serta suami, Aliff Aziz pada tahun 2024.

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Mohon Maaf Pakai Baju Seksi Dedah Paha – ‘Saya Tak Akan Buat Lagi’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Takut, Tak Tahu Kesabaran Ini Sampai Bila’ – Bella Astillah

Nafi ‘gilakan’ perhatian

Ketika ditemui OhBulan! Bella berkata dia bersyukur melihat suaminya menunjukkan banyak perubahan.

Sekarang ini tahun 2024 memang saya dapat rasakan situasi yang sangat berbeza.

Banyak dapat habiskan masa dengan anak-anak, alhamdulillah terutama Aliff menunjukkan banyak perubahan yang sangat besar untuk rumah tangga, Aliff jadi suami yang baik.

Saya juga mahu kurang jadi bahan sensasi untuk tahun ini.

Bella berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024 yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), baru-baru ini.

Melanjutkan bicara, anak kelahiran Sabah itu menafikan dirinya suka mencipta kontroversi dan ‘gilakan’ perhatian.

Ramai cakap saya sukakan kontroversi, sedangkan tidak. Sumpah demi tuhan, saya tidak sukakan perkara itu. Kadang-kadang semua itu diluar jangkaan.

Ada yang kata saya tak habis-habis keluarkan kenyataan. Saya faham kadang kadang isu timbul orang ambil daripada artikel lama, nampak netizen komen dan sebagainya.

Orang ramai ingat saya sengaja dan sentiasa call cari (wartawan) dan muat naik status. Tidak, dan tak pernah terlintas buat begitu.

Mungkin ada netizen yang kurang selesa dengan perkara itu, azam saya tahun ini supaya tak ada kontroversi yang teruk.

Dalam perkembangan lain, Bella antara selebriti yang akan turut memeriahkan Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024. Difahamkan, aktres itu akan membuka reruai yang menjual pelbagai jenis kuih raya.

Untuk info, Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024 bakal berlangsung bermula 29 Mac, jam 12 tengah hari sehingga 1 April, jam 6 pagi selama 66 jam tanpa henti di MITEC.

Sebanyak 927 tapak reruai akan dibuka termasuk gerai jualan makanan, pakaian, barangan keperluan raya dan banyak lagi. Pelbagai aktiviti dan persembahan menarik bakal disediakan buat pengunjung.

SKIP THIS AD ×