Nama selebriti, Bella Astillah sekali lagi menjadi topik hangat di media sosial selepas didakwa tidak membenarkan anak-anak bertemu dengan bekas suami, Aliff Aziz.

Artikel Berkaitan: ‘Tanya Pasal Raya Ke Hari Bahagia?’ – Mira Filzah Usik Hantaran Foto Hitam Putih Bella Astillah & Syed Saddiq

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Aziz Luah Rindu Terhadap Kedua Anak, Nyanyian Sarat Emosi Raih Perhatian

Didi Astillah pertahan Bella

Menerusi hantaran di Threads, seorang individu menyifatkan Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, seorang yang gedik kerana kerap membawa dua anaknya itu berjumpa Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq.

Gedik betul Bella Astilah. Anak-anak tak bagi bekas suami langsung dah bertahun-tahun.

Tak nak bagi anak-anak confuse katanya. Bawa jumpa Syed saddiq mengatal boleh pula.

Tidak berdiam diri, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah tampil mempertahankan kakaknya itu. Ujar Didi, individu berkenaan telah melemparkan fitnah tanpa mengetahui kisah sebenar.

Bila jenis nak masuk campur urusan hidup orang tapi tak tahu the whole story.

Untuk rekod, , Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016.

Mereka kemudiannya bercerai pada 16 Mei 2019 namun rujuk kembali, sebelum bercerai buat kali kedua pada Mac 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber: Threads