Pelakon, Bella Astillah menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala ucapan baik dan doa yang diterimanya selepas empat hari dimasukkan ke hospital.
Artikel Berkaitan: Terdapat Cecair Pada Bahagian Dahi Kanan, Bella Astillah Masuk Wad
Artikel Berkaitan: ‘Apakah Ada Cinta Seperti Diriku?’ – Bella Astillah Titip Doa Sempena Ulang Tahun Kelahiran Aliff Aziz Di Makkah
‘Baru berkesempatan nak post’
Bella Astillah atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, berkongsi mengenai perkembangan terkininya di laman Instagram miliknya setelah dimasukkan ke wad akibat sakit kepala yang teruk.
Menerusi perkongsian tersebut, Bella memberitahu dia kini baru berkesempatan untuk membuat perkongsian tentang dirinya. Malah wanita berusia 28 ini juga turut menghargai segala jasa baik yang diberikan semua pihak sepanjang dia dimasukkan ke wad sejak beberapa hari lalu.
Baru berkesempatan nak ‘post’, lepas 4 hari di hospital. Terima kasih atas semua doa dan ucapan yang baik. Bella hargai sangat-sangat.
Terima kasih yang tak terhingga buat Dr. Ibrahim (Poliklinik Cahaya Desa Pandan) yang selalu tolong rawat, ambil berat tentang bella dan keluarga. Selalu jumpa sebab tu tak pernah ambil gambar kan.
Terima kasih banyak-banyak Dr. Saiful Razman Mohd Noor, neurosurgery (Gleneagles, KL) mashaAllah baik sangat, banyak bantu kami. Terima kasih semua staff/nurses juga
Akhir sekali tak lupa juga kepada En.Hafiz (Prudential) yang datang uruskan semuanya. ‘Thank you so much’. Semoga Allah S.W.T membalas segala kebaikan kalian semua inshaAllah.
Terdahulu, isteri kepada pelakon Aliff Aziz ini telah dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan di Ampang, akibat mengalami migrain yang teruk. Menurut laporan, hasil pemeriksaan Imbasan Pengimejan Resonas Magnetik (MRI) mendapati terdapat cecair pada bahagian dahi kanannya.
Sumber: Instagram