berita

‘Bella Tebalkan Muka Bawa Suami Pergi Majlis, Walaupun 1 Malaysia Suruh Dia Cerai’ – Lufya Omar

April 4th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Nama isteri kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah menjadi bualan hangat netizen di media sosial susulan pendedahan suaminya itu pernah berlaku curang sebanyak 11 kali.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Terkejut Ibu Mentua ‘Unfollow’ Akaun IG, Siap Burukkan Menantu Depan Kawan Aliff – ‘Apa Salah Saya?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Mengaku Sudah Tiada Perasaan, Nak Bercerai Sebelum Ditangkap Khalwat – ‘Aliff Kata Allah Bagi Perasaan Itu’

Kisah tersebut turut mendapat respon daripada pelakon, Lufya Omar.

‘Hebat betul dia move on’

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story (IG Story), Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah binti Sheikh Omar menyifatkan Bella seorang wanita yang kuat dan sangat penyabar.

Pertama kali jumpa Bella di rumah saya iaitu ketika majlis baby shower (mengandungkan Haura). Masa tengok Bella dengan A (Aliff Aziz), ketika itu kes curang tengah pertama kali. Hebat betul dia move on.

Terima suami dia walaupun 1 Malaysia suruh dia bercerai. Dia tetap tebalkan muka bawa suami pergi majlis seperti tak ada apa yang berlaku. Betapa dia angkat suami dia selepas jatuh.

Dalam pada itu, Lufya berharap agar Bella atau nama lengkapnya, Dayang Ara Nabella, 30, agar berhenti menyiksa diri dan mula mencari kebahagiaan sendiri selain tidak berpatah kembali kepada kisah lama.

Dah cukup Bella, no turning back.

Terdahulu, Bella tidak berselindung berhubung dakwaan menjalinkan hubungan dengan pelakon baharu, Muaz Zabir dan mengakui mempunyai kesalahan tersendiri. Bella berkata, tujuan asalnya bersama Muaz semata-mata mahu membuatkan suaminya, Aliff Aziz cemburu yang ketika itu curang dengan dua wanita.

Bella kemudian mendedahkan suaminya itu pernah curang sebanyak 11 kali termasuk dengan adik kandung Bella iaitu Eriqa Astillah.

Sumber: Instagram Lufya Omar

SKIP THIS AD ×