berita

[VIDEO] Bella Astillah Terkejut Ibu Mentua ‘Unfollow’ Akaun IG, Siap Burukkan Menantu Depan Kawan Aliff – ‘Apa Salah Saya?’

April 4th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mengakui dia berasa terkejut dengan tindakan ibu mentuanya iaitu Siti Hafizah Basharahil, yang menyahikut akaun Instagram (IG) miliknya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Mengaku Sudah Tiada Perasaan, Nak Bercerai Sebelum Ditangkap Khalwat – ‘Aliff Kata Allah Bagi Perasaan Itu’

Ibu mentua burukkan Bella?

Ketika ditemui OhBulan Bella berkata, dia juga merasakan ibu mentuanya itu seolah-olah menyimpan dendam terhadap atas apa yang telah berlaku dalam rumah tangganya bersama suami, Aliff Aziz.

Dakwa Bella, ibu mentuanya itu turut memburukkan namanya seolah-olah keretakan rumah tangganya bersama Aliff Aziz berpunca darinya.

Ibu mentua saya ‘unfollow’ saya di Instagram (IG), saya terkejut.

Maksudnya pengorbanan saya selama 10 tahun ini hanya sia-sia bila mana umi percaya Aliff dan Ruhainies hanya berkawan.

Umi siap hubungi kawan-kawan sekolah Aliff untuk memburukkan saya. Saya kenal mereka ketika saya bercinta dengan Aliff dan saya percaya mereka boleh menilai apa yang saya lalui.

Menurut Bella, dia mengetahui perkara tersebut selepas salah seorang rakan Aliff berkongsi perbualan antara ibu mentuanya bersama mereka kepadanya.

Umi hubungi mereka semua dalam tujuh hingga lapan orang untuk datang ke rumah hanya untuk mengaibkan saya.

Bayangkan orang yang sentiasa mengeluarkan ayat-ayat islamik, dan orang yang saya hormat, boleh mengutuk saya.

Dia boleh katakan ‘nak cakap Bella itu penyanyi hebat itu tidak juga, pelakon hebat pun tak juga’.

Apa salah saya sampai perlu cakap macam itu sedangkan saya jaga Aliff selama 10 tahun.

Bella berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di K-Town Korean BBQ, Komersial Radio, Bukit Jelutong, Shah Alam pada petang Rabu.

Dalam pada itu, Bella menjelaskan dia seakan memahami mengapa ibu mentuanya tidak boleh menerima keputusannya memfailkan cerai pada 13 Mac lalu.

Saya faham kenapa ibu mentua saya marah. Ketika saya diuji, Umi ada cakap bersabarlah Bella, kalau boleh tak mahu berdendam, saya cuba tenangkan hati tapi bila Aliff kena tangkap khalwat, tiba-tiba dia pula yang berdendam.

Jadi kalau Aliff ceraikan saya cara baik, umi dia akan baik dengan saya.

Tapi kalau saya tinggalkan Aliff di saat ini, umi rasa saya tinggalkan Aliff dan tidak menyelamatkan dia. Macam mana saya nak selamatkan dia kalau dia yang pilih jalan itu.

Sekadar info, pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.

Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

SKIP THIS AD ×