berita

‘Belum 1 Ogos Dah Beriya’ – Bangga Tak Pakai Mask, Lelaki Ini Undang Kecaman

July 26th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Mulai 1 Ogos 2020, pelitup muka (mask) wajib dipakai dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum. Perkara tersebut telah diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam satu sidang media baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Wajib Pakai ‘Face Mask’ Di Tempat Awam Mulai 1 Ogos Atau Denda RM1000

Di Twitter, viral mengenai posting salah seorang pengguna Facebook yang mengakui mereka sekeluarga tidak memakai pelitup muka sewaktu berada di dalam pusat membeli-belah. Lebih mencuri perhatian, dia didakwa masyarakat yang mematuhi SOP seperti haiwan yang mengikut arahan penternak.

Belum 1 Ogos dah beria

Menurut individu tersebut, mereka sekeluarga hanya memakai pelitup muka sebagai syarat untuk memasuki pusat membeli belah. Tambahnya, mereka berasa sangat selesa kerana dapat menghirup udara di dalam pusat membeli belah itu tanpa memakai pelitup muka.

Di samping itu, individu tersebut memberitahu bahawa masyarakat yang memakai pelitup muka tidak perlu memandang mereka seperti haiwan. Jelasnya lagi, individu yang memandang mereka merupakan haiwan kerana menurut sahaja arahan yang diperintahkan.

Nak oxygen masuk hutan

Rata-rata netizen geram melihat penyataan yang dibuat oleh individu tersebut. Bahkan, mereka menyifatkan pemikirannya itu hanya memberikan kesan buruk kepada orang lain.

Sumber: defghizrynabcd

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×