berita

‘Belum Lagi Bermadu & Tak Akan Terjadi Kepada Saya’ – Puteri Sarah Liyana

September 30th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Puteri Sarah Liyana kini terlibat dalam pementasan Teater Maduku Terpaling Kalut yang dipentaskan hingga 2 Oktober ini.

Artikel Berkaitan: ‘Puteri Sarah Tak Heran Kekayaan Suami’ – Pengurus

Artikel Berkaitan: Netizen Biadab Gelar Ibu Sebagai Bibik, Anna Jobling Respon; ‘Jangan Ganggu Keluarga Saya!’

Tak ada kaitan dengan peribadi

Memegang watak Bibi, Puteri Sarah menegaskan tidak ada kaitan dengan dirinya mahupun pergolakan rumah tangga dengan suami, Syamsul Yusof ekoran orang ketiga.

Kata Puteri Sarah, 37, watak Bibi memang hidup bermadu, tetapi tidak akan sesekali terjadi dalam kehidupan sebenarnya.

Watak Bibi tidak ada kaitan langsung dengan situasi rumah tangga saya sekarang.

Apa yang berlaku dalam Maduku Terpaling Kalut, belum lagi dan tak akan terjadi kepada saya.

Puteri Sarah ditemui sejurus usai pementasan hari pertama Teater Maduku Kalut di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), pada Khamis.

Nak tarik diri

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan dia hampir menarik diri di saat akhir.

Akui pelakon drama Sabarlah Duhai Hati, dia berasa kecewa sehinggakan enggan munculkan diri dalam teater berdurasi sejam 20 minit itu.

Saya betul-betul kecewa dengan diri sendiri sampai menjerit dan tak nak berlakon. Saya minta produksi mencari pelakon lain.

Penerbit pun cakap dua hari lagi nak pementasan. Ketika itu saya memang rasa kosong.

Tapi mereka nasihat dan bagi motivasi, jadi saya buat yang sehabis baik. Alhamdulillah, semuanya okay.

Selain Puteri Sarah, teater terbitan Shawn Amer itu turut menampilkan lakonan Azrel Ismail, Anna Jobling, Syafiq Naser, Aya Amiruddin dan Curly Joe.

Sumber: Instagram @puterisarahliyana

SKIP THIS AD ×