Kisah rumah tangga pasangan selebriti terkenal, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana masih menjadi perhatian di media sosial.
Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof & Kazar Buat ‘Content’ Di Kedai Emas, Netizen Kecam Sebab Tak Jaga Hati Puteri Sarah
Artikel Berkaitan: Netizen Buat Permohonan Maaf Terbuka, Doa Agar Puteri Sarah Temui Kebahagiaan
Jangan jadi ‘keyboard warrior’
Pengurus kepada Puteri Sarah iaitu Emi Mat Rozekhi tampil bersuara mengenai perbuatan segelintir netizen yang sengaja bercakap perkara tidak benar tentang rumah tangga aktres itu.
Menerusi Instagram Stories, Emi mengingatkan warganet agar berhati-hati dalam berbicara bagi mengelakkan timbul fitnah.
Bukan nak jadi batu api tapi nak pesan, dalam apa jua keadaan, jaga jari. Jangan tulis sampai lupa diri. Baca dan reserve your comments sebab bukan kita yang hadap.
Damage had been done. Moga pihak sana jadikan pelajaran.
Rajin cari duit
Dalam pada itu, Emi turut menyelar tuduhan yang mendakwa pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin enggan bercerai disebabkan kekayaan suaminya.
Tegas Emi, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu seorang yang gigih mencari rezeki atas usaha sendiri.
Saya yang duk kira duit dia. Saya tau la dia tak heran (kisah) pun title ‘kaya’ tu. Tetapi dia bekerja sangat keras untuk berada di tempat dia sekarang.
Tahap kerajinan dia boleh kalah orang lain. Mak tabik yang tu sangat-sangat. Jadi yang tak tau, jangan main redah tulis sampai makan diri.
Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung gangguan serta pemerasan yang diterimanya daripada Ira Kazar.
Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.
Sekadar info, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana