berita

‘Belum Mampu Memaafkan Mereka Yang Memaki Saya & Keluarga’ – Lisdawati

October 21st, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Selepas pelakon Fauzi Nawawi terpalit dengan video yang mengaibkan Raja Farah, isteri tercinta, aktres Lisdawati tampil bersuara.

Artikel Berkaitan: Mohon Henti Sebar Video, Khir Rahman Persoal Kenapa Hanya ‘Part’ Fauzi Nawawi Tersebar – ‘Saya Tak Pasti Kalau Ada Pihak Yang Tidak Berpuas Hati’

Artikel Berkaitan: ‘Ini Kerja Bukan Suka Hati Nak Layan Nafsu’ – Sharifah Amani

Artikel Berkaitan: Bersungguh Minta Fauzi Cerita Watak Perogol, Netizen Gesa Shuk Sahar Diboikot Dari Industri – ‘Artis Macam Kim Seon Ho Pun Dah ‘Cancelled’

Tak boleh maafkan netizen

Menerusi ruangan komen di Instagram Fauzi, Lisdawati, 42, meluahkan rasa sayang terhadap suami tercinta biarpun terseret dengan kontroversi panas.

Kata pemilik nama Nisdawati Nazaruddin, dia belum mampu untuk memaafkan individu yang mengecam dan mengeluarkan kata kesat terhadap dirinya serta keluarga.

Saya sayang kamu. Kerana Allah SWT masih sayang.

Tetapi saya juga manusia biasa, belum mampu maafkan mereka yang mengeji, mengutuk, memaki saya dan keluarga sehingga mereka datang meminta maaf pada saya.

Sentiasa baiki diri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FauziNawawi (@theonlyfauzinawawi)

Sebelum ini, pemilik nama Mohd Fauzi Mohd Nawawi berkongsi hantaran mengenai individu yang melakukan kesilapan sesama insan. Dalam video tersebut, ada mengingatkan untuk meminta ampun dengan individu terlibat sekiranya berdosa dengan manusia.

Terdahulu, Fauzi dikecam netizen berikutan pengakuan menyukai wataknya sebagai perogol.

Dalam rakaman bersama hos Khir Rahman dan Shuk Sahar, Fauzi mengakui terpaksa menahan nafsu ketika melakukan adegan ‘panas’ bersama Raja Farah dalam filem Anak Halal. Bagaimanapun, babak itu dibuang atas permintaan keluarga Raja Farah.

Sumber: Instagram @theonlyfauzinawawi

SKIP THIS AD ×