Video aktor Fauzi Nawawi bercerita mengenai pengalaman melakonkan watak seorang perogol di sebuah program bual bicara turut menarik perhatian aktres Sharifah Amani untuk bersuara.
Artikel berkaitan: Viral Pelakon Kongsi Pengalaman Babak Rogol, Suami Raja Farah Anggap Ianya Memalukan – ‘Itu Tentang Aib & Kehormatan Wanita’
Artikel Berkaitan: ‘Memang Salah Saya, Saya Jahil’ – Fauzi Nawawi Mohon Maaf, Tiada Niat Nak Malukan Raja Farah
Artikel Berkaitan: Mohon Henti Sebar Video, Khir Rahman Persoal Kenapa Hanya ‘Part’ Fauzi Nawawi Tersebar – ‘Saya Tak Pasti Kalau Ada Pihak Yang Tidak Berpuas Hati’
Bagaimana boleh benarkan?
‘Menjijikkan, tidak sopan, mengecewakan,’ itu respon daripada Amani selepas menonton potongan video itu.
Sebagai anak seni, Amani, 35, meluahkan rasa kesal apabila berlaku insiden yang memalukan tanpa ditegur oleh pihak produksi terlibat. Malah katanya lagi, dia berasa pelik apabila babak ‘lucah’ dibenarkan ditayang di stesen televisyen.
Ini akibatnya bila tak hormat kerjaya, rakan sekerja dan sesama manusia. Saya tidak faham bagaimana ini dibenarkan, dari penggambaran hingga penayangan rancangan ini. Tidak ada yang melihat betapa ngerinya itu? Bagaimana ini dibenarkan di televisyen arus perdana?
Terdapat kod kepercayaan dan persetujuan antara pelakon, kru dan pengarah semasa penggambaran. Tidak ada yang harus melakukan perkara yang mereka tidak selesa.
Pelakon tidak seharusnya ditekan untuk melakukan apa-apa yang bertentangan dengan kehendak mereka. Ada sebab mengapa ada yang tidak bekerja dengan yang lain. Kepercayaan tidak dijamin.
Kerja satu amanah
Dalam pada itu, pemilik nama Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya menekankan tugas sebagai pelakon adalah membawa watak dengan penuh beretika.
Sebelum ini, Fauzi dikecam netizen berikutan pengakuan menyukai wataknya sebagai perogol.
Dalam rakaman bersama hos Khir Rahman dan Shuk Sahar, Fauzi mengakui terpaksa menahan nafsu ketika melakukan adegan ‘panas’ bersama Raja Farah dalam filem Anak Halal. Bagaimanapun, babak itu dibuang atas permintaan keluarga Raja Farah.
Sumber: Twitter @sharifahamani