Pelakon, Abby Abadi memilih untuk tidak meminjamkan wang kepada orang yang tidak dikenali selepas mengalami pengalaman yang tidak menyenangkan sebelum ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Dedah Norman Hakim Tak Pernah Marah Marissa Dania – ‘Datang Jumpa Macam Orang Luar’

Artikel Berkaitan: ‘Tak Pernah Rasa Ada Menantu, Tidak Perlu Nak Cakap Saya Mak Mentua Redflag’ – Abby Abadi

Trauma kena scam

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan memuat naik satu hantaran berkaitan ragam pengasuh yang mahu bekerja menjaga anaknya.

Menurut bekas isteri kepada pelakon dan usahawan, Norman Hakim itu, pengasuh berkenaan mendakwa sedang melalui fasa kehidupan yang sukar dan sebelum memulakan pekerjaan baharu, individu itu telah meminta untuk meminjam wang daripadanya.

Sebelum ini ada yang mesej minta kerja dekat rumah saya sebagai pengasuh, beritahu saya dia merupakan anak yatim piatu asal pedalaman, sebatang kara dan lain-lain.

Tapi belum mula kerja lagi dah nak pinjam RM15,000 dan suruh tolak gaji.

Dia kata peganglah kad pengenalan dia sebagai jaminan.

Jelasnya, dia tidak akan memberi wangnya dengan mudah kerana trauma apabila peminjam tidak memulangkan semula duitnya.

Memang tidaklah saya nak bagi, saya trauma kena scam. Siapa nak pinjam duit, maaf bukan dengan saya.

Saya dah susah nak percaya orang.

Sumber: Threads