berita

Belum Sedia Bertemu Media, Noh Salleh Pasang ‘Bodyguard’?

September 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Hadir membuat persembahan di Konsert Havoc Midnight yang berlangsung di Dataran Karnival Shah Alam, penyanyi Noh Salleh menyatakan dia belum bersedia untuk ditemubual oleh pihak media yang hadir pada malam Ahad.

Artikel Berkaitan: Selamba ‘Catwalk’ Di KLFW2022 Dengan Rokok, Noh Salleh Selesa Jadi Diri Sendiri

Bawa pengawal peribadi?

Ketika ditemui OhBulan!, penganjur Konsert Havoc Midnight iaitu Faizul Mohd Yusof, 34, berkata dia sudah menelefon pengurus Noh, bagaimanapun dimaklumkan Noh belum bersedia untuk di interviu.

Noh yang merupakan vokalis kumpulan Hujan dilihat dijaga rapi oleh tiga lelaki yang memakai pakaian seragam berwarna hitam seolah seperti pengawal peribadi.

Penyanyi berumur 37 tahun ini memilih untuk tidak duduk di bilik menunggu bersama barisan artis lain yang turut membuat persembahan, sebaliknya duduk di luar bersama tiga lelaki tersebut.

Persembahan malam ini gila

Ketika di atas pentas, pemilik nama Mohammad Noh Salleh beraksi solo dengan gitarnya di hadapan 5,000 penonton yang hadir.

Noh menyampaikan lagu-lagu popular Hujan seperti Aku Skandal, Kotak Hati dan Dugaannya serta lagu solonya, Bunga Di Telinga dan Angin Kencang.

Bapa kepada Musa ini terharu dengan sokongan peminat yang tidak penat memberi semangat kepada dirinya.

Saya ingatkan tak ramai orang yang nak hadir ke konsert ini disebabkan cuaca panas, tapi anda semua membuktikan terbaik dengan menyokong persembahan kami semua.

Terima kasih semua yang hadir dan menyanyikan bersama. Ini juga antara proses untuk saya berpijak pada dunia nyata, di mana adakah saya berani untuk membuat persembahan seorang tanpa hujan.

Tapi ternyata anda semua beri semangat pada saya. Terima kasih banyak.

Sebelum mengakhiri segmen, anak kelahiran negeri Sarawak ini turut memohon maaf sekiranya ada kekasaran yang dilakukan di atas pentas.

Saya meminta maaf atas kekasaran saya di atas pentas. Saya tak sangka persembahan malam ini akan gila seperti ini. Saya pulang dengan memori yang baik. Terima kasih.

Selepas mengakhiri persembahannya, Noh terus menaiki kereta di bahagian belakang pentas sambil diiringi tiga lelaki itu.

Selain Noh, barisan artis lain yang memeriahkan konsert adalah Floor 88, K-Clique, Kugiran Masdo, Zynakal, Yonnyboi.

SKIP THIS AD ×