Selepas mengumumkan penceraian dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada awal Ogos, vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh tetap meneruskan kerjaya seni seperti biasa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noh Penyebab Mizz Nina Percaya Dengan Perkahwinan
Kau pergi mampus
Terbaharu, Noh, muncul ‘catwalk’ di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) pada Ahad.
Mewakili satu jenama yang cukup gah namanya, penyanyi berumur 37 tahun ini santai menggayakan busana serba hitam beserta kaca mata.
Menerusi rakaman video, pemilik nama Mohammad Noh Salleh berjalan di pentas peragaan itu membawa sepuntung rokok yang tidak dibakar.
Ketika di awal kemunculan, Noh menyebut, ‘kau pergi mampus.. kau mampus’ sambil jari menunding pada penonton yang hadir.
Pelbagai komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, tindakan anak kelahiran dari Sarawak itu kurang disegani oleh segelintir warganet.
Ada yang berpendapat lebih manis sekiranya tanpa rokok kerana persembahan itu diadakan di tempat terbuka yang ditonton pelbagai lapisan umur.
Bagaimanapun, ada juga yang suka dengan sikap Noh yang bagi mereka sangat sempoi.
Sumber: TikTok @budieychannel