Pendatang baru dunia nyanyian, As’ad Motawh tempoh hari mendapat perhatian apabila mengumumkan akan turut sama mengikut jejak Haqiem Rusli jika rakannya itu bersara dari menyanyi. Kenyataan As’ad itu mendapat reaksi bercampur-baur daripada netizen.
Terbaru, anak muda ini turut membuat luahan terbuka yang mendapat kritikan hebat daripada netizen.
Mahu dihargai kerana ‘art’
As’ad meminta penyokongnya supaya menghargainya kerana bakat seninya dan bukan kerana paras rupa. Setakat ini, tweet berkenaan mendapat 141 retweet dan 850 likes di laman sosial itu.
Reaksi netizen
Ramai netizen yang melatah dengan tweet berkenaan dan beranggapan penyanyi ini mempunyai keyakinan tinggi kerana seolah-olah memberi bayangan dia memiliki rupa paras yang kacak.
Raya-raya jangan buat orang maki
Improve your art
Pesanan untuk haters
Atas kecaman dan kritikan itu, As’ad menghantar pos tweet pesanan kepada hatersnya. Katanya, dia percaya kepada bakat mereka yang mahu menjadi penyanyi namun masih mencuba menjadi penyanyi.
Ujarnya lagi, mereka boleh pergi jauh jika mereka berhenti mengkritik dan membenci orang lain.
Benci tapi follow media sosial? Bodoh ke?
Menurut penyanyi yang pernah dikecam kerana ‘terkucil’ dalam satu rancangan di Indonesia ini, dia mempersoal kenapa haters masih mengikutnya di laman sosial. Secara menyindir, dia bertanya adakah mereka yang berkenaan bodoh kerana berbuat demikian.
Sumber: As’ad Motawh