berita

Bengang Dengan Bunyi Bayi Bising, Penuntut PHD Letak Bahan Kimia Dalam Rumah Jiran Sampai Sesak Nafas

August 30th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Penuntut PHD Letak Bahan Kimia Pada Rumah Jiran

Hanya kerana tidak berpuas hati sering mendengar bunyi bayi bising, seorang pelajar lulusan peringkat PHD tergamak melakukan perbuatan khianat terhadap jirannya di Oxford sebulan yang lalu.

Artikel Berkaitan: Gaduh Sebab ‘Parking’, Bekas Tentera Bunuh 2 Jiran Dipenjara Seumur Hidup – ‘Saya Tikam Suami Isteri’

Letak bahan kimia berbahaya

Penuntut PHD Letak Bahan Kimia Pada Rumah Jiran

Menurut laporan portal Today.com, perbuatan suspek yang dikenali sebagai Xuming Li, 36, itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kediaman jirannya.

Menerusi rakaman tersebut, Xuming dilihat meninggalkan sejenis bahan kimia berbahaya melalui bahagian bawah pintu jirannya dengan menggunakan picagari.

Tindakan Xuming itu telah menyebabkan jirannya, Umar Abdullah, 36, dan keluarga mengalami gejala seperti sakit kepala, lesu, serta kesukaran untuk bernafas.

Sementara itu, pihak polis mendapati suspek meninggalkan bahan campuran kimia jenis Metadon serta Hydrocodone yang menyerupai ‘pain killer’ pada rumah Umar.

Xuming yang ditahan pihak polis bakal berdepan dengan tindakan saman daripada Abdullah kerana telah melakukan keganasan rumah tangga serta melanggar syarat yang telah ditetapkan persatuan kediaman tersebut.

Sumber: Today.com

SKIP THIS AD ×