berita

Berang Ditegur Kerana Minum Arak, Wanita Tergamak Tikam Bapa Hingga Maut

August 15th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Bunuh Bapa Tegur Minum Arak

Hanya kerana berang dirinya ditegur, seorang wanita tergamak menikam bapanya sendiri hingga maut.

Artikel Berkaitan: Dilabel Anak Tidak Membanggakan Punca Remaja Bunuh Ibu & Tetak Bapa Guna Parang

Tegur kerana minum arak

Bunuh Bapa Tegur Minum Arak

Memetik laporan Tribune News, kejadian yang berlaku di Bangka Selatan, Indonesia itu berlaku apabila suspek yang dikenali sebagai Nos, 32, tidak berpuas hati dengan bapanya, Sarkawi, 60, kerana menegurnya mengambil minuman keras.

Menurut Pegawai Polis Bangka Selatan, AKP Tiyan Talingga, suspek pada awalnya cuba untuk menetak bapanya dengan parang namun mengenai bahagian telinga.

Terkejut dengan perkara tersebut, suspek segera berlari masuk ke dalam rumah kerana takut melihat bapanya terbaring di atas lantai.

Tidak lama kemudian, pergaduhan di antara mereka tercetus lagi apabila mangsa menghalau suspek untuk keluar dari rumah.

Tidak tahan dengan teguran dan bebelan bapanya itu, suspek kemudiannya mengambil pisau sebelum bertindak menikam dada mangsa.

Adik suspek yang berada di tempat kejadian lantas meminta pertolongan dari penduduk kampung namun sayang, bapanya itu tidak dapat diselamatkan.

Suspek kemudiannya berjaya ditahan pihak polis selepas dijumpai bersembunyi berhampiran dengan kawasan perumahannya.

Sumber: Tribune News

SKIP THIS AD ×