berita

Berang Isteri Minta Cerai, Lelaki Nekad Jerut Leher Isteri Guna Tali

June 6th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara berang dengan tindakan si isteri yang menuntut cerai, seorang lelaki tergamak menjerut leher isterinya menggunakan seutas tali pada 1 Mei lalu.

Suami jerut leher isteri

Foto: Acheh Tribunnews

Memetik laporan Tribunnews, sebelum kejadian, berlakunya pertengkaran antara suspek dan mangsa mengenai hal rumah tangga mereka. Difahamkan, mangsa telah meminta cerai daripada suspek dan ianya secara tidak langsung membuatkan lelaki itu ‘naik hantu’ dan bertindak agresif. Suspek dikatakan terus menutup dan mengunci pintu rumahnya sambil mengambil seutas tali.

Dia kemudian menghampiri isterinya itu serta cuba menjerut leher mangsa dengan tali tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Jampang Tengah di Indonesia iaitu AKP Usep Nurdin, mangsa cuba mempertahankan dirinya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, namun suspek mengheret mangsa ke tengah rumah.

Suspek ‘berlakon’ konon ‘dirasuk’

Sekadar gambar hiasan

Suspek kemudian menghentikan perbuatannya dengan berpura-pura tidak sedarkan diri seperti dia dirasuk. Suspek kononnya mahu mangsa beranggapan bahawa dia bertindak sedemikian dalam keadaan tidak sedarkan diri. Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami kesan lebam di kelopak mata kiri dan kanan serta lebam di bahagian lutut kiri.

Susulan daripada laporan yang diterima, pihak polis mula menjalankan siasatan lanjut. Suspek yang telah melarikan diri ke sebuah hotel di Bandaraya Tasikmalay akhirnya berjaya diberkas pihak polis pada 1 Jun lalu. Menurut sumber, motif suspek adalah untuk mendera mangsa yang juga isterinya kerana tidak menerima permintaan mangsa untuk diceraikan. Sementara itu, mangsa berkata, dia meminta cerai daripada suaminya kerana tidak tahan dengan perangai suspek yang cemburu buta.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×