berita

‘Berani Lawan Lain La Ukraine Woi’ – Komentator Sukan Kecewa Pingat Emas Ziyad Ditarik

September 1st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Komentator Astro Arena, Hafizal Hamad meluahkan rasa sedih sebaik sahaja pihak penganjur sukan Paralimpik Tokyo mengumumkan pembatalan pingat emas jaguh lontar peluru para negara iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli, semalam.

Artikel berkaitan: ‘Protes Ukraine Amat Lemah’ – Malaysia Selesai Kemuka Protes, Serah Bukti CCTV

Artikel berkaitan: ‘Tak Perlu Minta Maaf, Yad’ – KJ Respon Ziyad Minta Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Berani lawan lain la

Sepanjang membuat komentator semalam, Hafizal meluahkan rasa marah dan kecewa sebaik sahaja mendapat tahu mengenai kemenangan Ziyad telah dibatalkan oleh pihak penganjur. Ujar Hafizal, dia berharap pihak penganjur dapat melakukan pertandingan tersebut sekali lagi sekiranya atlet dari Ukraine berani untuk bersaing dengan Ziyad semula.

Memihak keputusan awal

Terbaru, Hafizal memberitahu keputusan juri rayuan berpihak kepada keputusan awal pengadil pertandingan. Menurut keputusan berkenaan, Ziyad, Jordi Patricio (Ecuador) dan Todd Hodgetts (Australia) dikatakan lewat memasuki bilik menunggu sebelum acara lontar peluru itu dimulakan.

Namun begitu, Hafizal berharap Ziyad bakal menerima hadiah Skim Kemenangan (Shakam) yang bernilai RM1 juta daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan negara. Ujarnya lagi, pencapaian Ziyad sungguh luar biasa dan bukannya mudah untuk seseorang atlet paralimpik memecah serta mencipta rekod dunia yang baru bagi acara tersebut.

Sumber: Hafizal Hamad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×