berita

‘Protes Ukraine Amat Lemah’ – Malaysia Selesai Kemuka Protes, Serah Bukti CCTV

September 1st, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Di Twitter, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan bahawa Malaysia telah menghantar bantahan kepada pihak penganjur sukan Paralimpik Tokyo berhubung pembatalan pingat emas jaguh lontar peluru para negara iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli, semalam.

Kita sama-sama doakan

Menurut Faizal, perbincangan sedang dijalankan di antara pegawai Kontinjen Malaysia dengan pihak penganjur yang telah membatalkan pingat emas yang dimenangi oleh Ziyad. Tambah Faizal, pegawai Kontijen Malaysia telah menyertakan semua bukti termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam dan di luar bilik menunggu (call room).

Di samping itu, Faizal turut memberi gambaran bahawa Malaysia mungkin mempunyai harapan untuk mendapatkan kembali pingat berkenaan ekoran protes yang dilakukan oleh Ukraine agak lemah. Selain Malaysia, Australia dan Ecuador turut protes kemenangan Ukraine dalam acara berkenaan.

Dikatakan lewat masuk bilik menunggu

Terdahulu, Ziyad, Jordi Patricio (Ecuador) dan Todd Hodgetts (Australia) dikatakan lewat memasuki bilik menunggu sebelum acara lontar peluru itu dimulakan. Susulan daripada itu, pasukan Ukraine dipercayai telah melakukan protes sehingga kemenangan yang diraih oleh Ziyad dibatalkan.

Selain Faizal, Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin turut meluahkan pandangannya berhubung keputusan tersebut. Ujar Khairy, tindakan yang dilakukan itu sungguh memalukan dan ianya mencemarkan reputasi sukan Paralimpik.

Ini mencemarkan reputasi dan bertentangan dengan semangat Paralimpik. Sekiranya ia berpunca daripada kelewatan memasuki bilik menunggu, pihak penganjur sepatutnya tidak membenarkan dia bertanding sejak awal lagi. Pingat emas dan rekod dunia kita telah dirampas.

Sumber: Faizal Azumu & Khairy Jamaluddin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×