berita

‘Berasap Telinga Dengar!’ – Selepas Nuha, Seorang Lagi Rookie Vokal Mania Dikecam Netizen!

November 8th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Vokal Mania minggu ketiga menampilkan empat lagi Rookie, iaitu Aufahanie, Qiem Churros, Syafiq Nasser dan Qiem Zainal yang telah berentap bersama empat penyanyi profesional. Namun, salah seorang Rookies Vokal Mania turut menerima tempias yang sama seperti Nuha Bahrin, yang dikecam pada minggu lepas.

Artikel Berkaitan: Try Hard Cuba Pelbagai Teknik Nyanyian, Nuha Bahrin Dikecam Dalam Vokal Mania

Aufahanie dikecam hebat ketika pusingan duet bersama Indah Ruhaila (penyanyi profesional).

Duet bersama Indah Ruhaila

Dalam pusingan duet Aufahanie dan Indah Ruhaila membawakan lagu Semua Jadi Satu. Namun, pada minit ke 1:24-1:37 suara Aufahanie kedengaran agak ‘sumbang’. Disebabkan suaranya yang ‘sumbang’ itu telah meraih kecaman yang hebat daripada netizen. Tambahan pula, rata-rata melabelkan Aufahanie sebagai Nuha Bahrin 2.0 tetapi versi yang lebih baharu. Menerusi saingan duet, Indah Ruhaili berjaya menambat hati juri pada malam tersebut.

Tidak berakhir di situ, pengarah drama terkenal Michael Ang turut memberi komen terhadap nyanyian Aufahanie.

First time tgk #VokalMania ok this girl in pink is so bad! Berasap telinga dengar

Menerusi tweet tersebut, Michael mengkritik nyanyian Aufahanie yang dikatakan ‘teruk’ dan ‘berasap’ telinganya mendengar.

Persembahan solo

Bagi persembahan solo, Aufahanie membawakan lagu Gundah, dan nyanyian solonya agak ‘baik’ berbanding nyanyian duet. Menerusi ruang komen, rata-rata netizen beranggapan Aufahanie mempunyai ‘tone’ yang unik yang perlu digilap. Pada masa yang sama dia yang kini berusia 17 tahun, perlu belajar dengan lebih supaya dapat menyanyi dengan lebih baik pada masa akan datang.

Pemenang minggu ketiga

Minggu tersebut menampilkan Qiem Churros sebagai pemenang ‘Rookie Star Award’ yang membawa pulang RM1,000. Qiem pada malam tersebut membawakan lagu Lebih Sempurna menerusi nyanyian solo, dan Lagu Untukmu berduet bersama Lan Solo.  Markah tersebut hasil 70% daripada undian penonton dan 30% daripada juri profesional yang diadili oleh Misha Omar dan Yusry KRU.

Menerusi sesi komen, Misha Omar berminat untuk menjadikan Qiem sebagai protegenya atas bakat yang dimiliki oleh Qiem.

Sumber: TV3 

SKIP THIS AD ×