

Penyanyi baharu iaitu Nuha Bahrin menerima pelbagai reaksi daripada netizen menerusi persembahannya di sebuah rancangan realiti di TV3 iaitu Vokal Mania.
Artikel berkaitan: Pernah Buat Orang Geram Dalam Drama, Netizen Puji Wafariena Nyanyi Lagu Tokti Dalam Vokal Mania
Dalam saingan di episod kedua, Nuha Bahrin merupakan penyanyi amatur (dikenali sebagai rookie) membuat persembahan solo menerusi lagi Kekasih Awal Dan Akhir dan persembahan duet bersama Tomok dengan lagu Di Matamu.
Persembahan solo
Bagaimanapun, persembahan solo penyanyi ini terima pelbagai kritikan ramai yang rata-ratanya mengatakan nyanyian Nuha kurang kemas dan keterlaluan. Namun begitu, ada juga yang memberi kata-kata semangat dan positif kepada Nuha dan meminta agar penyanyi baru ini membuat persembahan yang terbaik pada masa akan datang.
Pusingan duet
Begitu juga di pusingan duet Nuha Bahrin bersama Tomok dan pasangan ini mempersembahkan lagu Di Matamu nyanyian asal Sufian Suhaimi. Malah, netizen turut menyifatkan persembahan gabungan kedua penyanyi ini sebagai contoh improvisasi nyanyian yang salah dan kurang kemas.
Speaker TV pun boleh pecah

Sumber: YouTube TV9 Malaysia





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)