berita

Berat Badan Watie Naik 10kg, Netizen Cakap Sebab Dah Terlalu Bahagia Dengan Shuib Lah Tu- ‘Cepatlah Kahwin’

February 3rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Nama usahawan wanita iaitu Watie Hanifiah semakin menjadi tumpuan ramai apabila dia dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib.

Artikel Berkaitan: Kalau Ikutkan Emak Saya Nak Cepat Sangat Tengok Kami Kahwin’ – Ibu Restu Shuib Kahwin Dengan Watie

Artikel Berkaitan: ‘Watie Penyayang & Boleh Terima Kekurangan Saya Sama Macam Siti Sarah’ – Shuib

Shuib akui selesa berkawan dengan Watie yang menerima segala kekurangannya malah Watie juga dikatakan mempunyai sikap penyayang seperti Allahyarham Siti Sarah.

Berat badan Watie naik 10kg

Baru-baru ini, Watie ada memuat naik satu foto dirinya di sebuah restoran namun apa yang mencuri tumpuan ramai adalah kapsyen ringkas yang ditulisnya. Watie mendakwa berat badannya telah bertambah secara mendadak iaitu sekitar 10 kilogram.

Dari 58 ke 68 kilogram. Nak salahkan siapa sebenarnya ini?

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut memetik nama Shuib dan mengusik kononnya berat badan Watie naik kerana kini sedang berbahagia bersama pelawak itu. Bagaimanapun, Watie tidak memberi sebarang respon berhubung komen-komen netizen yang tidak henti menyebut nama bapa kepada empat anak itu.

Untuk rekod, Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan. Sarah meninggal dunia pada Ogos 2021 selepas melahirkan bayi bongsunya akibat jangkitan Covid-19.

Komen netizen

Sumber: IamWatie

SKIP THIS AD ×