berita

Beratur Ambil Makanan Percuma, Anak Jackie Chan Jadi Gelandangan?

October 18th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Nama anak kepada pelakon Jackie Chan iaitu Etta Ng menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen apabila dia dilihat beratur untuk mendapatkan makanan secara percuma di Toronto, Kanada.

Beratur dengan gelandangan

Menerusi laporan Malay Mail, anak perempuan pelakon popular itu dilihat sedang beratur bersama gelandangan yang lain untuk mendapatkan makanan sambil membawa sebuah beg berwarna biru. Netizen mendakwa Etta kini bekerja di Chinatown demi menyara kehidupannya. Berikutan daripada itu, netizen meminta Jackie Chan untuk tampil membantu anaknya.

Sebelum ini, difahamkan Elaine yang juga merupakan bekas kekasih Jackie Chan telah melahirkan Etta pada tahun 1999 selepas dilaporkan mempunyai hubungan sulit dengan pelakon tersebut. Bagaimanapun, Etta telah dibesarkan oleh Elaine seorang diri tanpa menerima apa-apa bantuan daripada pelakon filem ‘The Karate Kid’ itu. Ketika meningkat usia remaja, Etta membawa dirinya ke negara lain. Bukan itu sahaja, timbul juga dakwaan di mana Jackie Chan tidak berhubung dengan Elaine sebaik sahaja mengetahui wanita itu hamil.

Sumber: Malay Mail

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×