berita

Berbeza Agama Dengan Kekasih Punca Hazama Belum Mahu Kahwin

July 4th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

OHBULAN!havocraya-19

Ingat lagi tak gosip mengenai bekas juara Akademi Fantasia (AF), Hazama dan kekasihnya yang bercuti di Boston, Amerika Syarikat beberapa bulan lepas?

Artikel Berkaitan: Saya Tak Boleh Blah Bila Orang Nak Menyibuk Je – Hazama Berang Gambar Berpeluk Dengan Kekasih Ditegur Peminat

Kali ini kami nak kongsi sikit mengenai hubungan Hazama. Khabarnya, jejaka ini tak bersedia lagi nak berkahwin. Dah kenapa kan? Rasanya umur Hazama ni macam dah boleh kahwin je. Hehe.

Kesempatan kami menemui Hazama di majlis pelancaran album Al Nuraa dan Havoc Raya tak dilepaskan untuk bertanya mengenai arah tuju percintaannya dengan gadis yang bernama Genervie Kam.

OHBULAN!havocraya-3

Menurut jejaka yang popular dengan lagu ‘Relakan Jiwa’ ini, dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga kerana beberapa faktor terutama perbezaan agama.

Ada cadangan nak memperisterikan dia, tapi jalan tu belum terbuka lagi kerana kami berbeza agama, jadi mungkin memerlukan masa, so tak boleh la memaksa-maksa. Dia ada juga tanya-tanya tentang agama, soal ni sensitif, jadi kalau saya salah info takut memberi kesan, jadi belum time cerita benda yang lagi deep lagi.

Ada jodoh kahwinlah, benda ni bukan boleh buat main-main. Ini perkara serius, so saya taknak buat keputusan terburu-buru, saya serahkan pada Allah untuk tentukan yang terbaik untuk saya.

Kalau korang nak tahu, walaupun dah ada kekasih hati, Hazama tetap dengan pendirian untuk mengembangkan kariernya yang baru sahaja bermula.

Bukan tak ready, saya baru nak start karier, mungkin selepas dah stabil baru boleh fikir sebab benda ni bagi saya bukan benda yang remeh, tak nak buat macam main-main. Soal kahwin bukan buat untuk gurau-gurau.

Giteww jawapan Hazama.Tak apalah Hazama, nanti bila dah terbuka hati kahwin la kan? Tak lari gunung dikejar kalau dah suka sama suka tu.

Apapun, kami doakan yang terbaik buat Hazama ya! Jodoh pertemuan ajal maut semua kan kat tangan tuhan. Jadi sebagai manusia, kita hanya merancang, biarlah Allah yang menentukan.

SKIP THIS AD ×