Umum tahu, pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya kini berada di Itali bagi menghadiri Minggu Fesyen Milan (MFW) 2022.
Artikel Berkaitan: Penampilan Macam J-Hope, Awal Ashaari ‘BTS Melayu’
Jumpa Lee Min-Ho
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Awal berkongsi rakaman video yang memaparkan tempat duduknya dan Scha diletakkan hanya selang beberapa kerusi dari aktor terkenal Korea Selatan, Lee Min-ho.
Momen manis itu dirakam manis ketika mereka menghadiri pertunjukan fesyen jenama terkenal Boss, semalam.
Lebih mengujakan dan membuat peminat tegar K-Drama cemburu apabila pasangan ini dilihat berbual mesra dengan pelakon drama The King: Eternal Monarch itu.
Dalam perbualan itu, Min-ho memberitahu dia akan bertandang ke Kuala Lumpur pada minggu depan sempena penganjuran konsert ulang tahun CUCKOO.
Nak nangis!
Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet ‘makan hati’ melihat layanan yang diberikan Lee Min-Ho kepada pasangan tersebut.
Selain itu, ketampanan pelakon berumur 35 tahun ini semestinya mencuri perhatian terutamanya dalam kalangan wanita.
MFW 2022 turut dihadiri oleh barisan selebriti tersohor seluruh negara antaranya anggota kumpulan K-Pop Got7, Yugyeom, Luna Maya, Khaby Lame, Dr Naomi Campbell, J Balvin dan ramai lagi.
Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha juga berada di sana dan berpeluang bergambar mesra dengan Yugyeom.
Sumber: Instagram @awalashaari