berita

Berbuka Dengan Ayam Percik Emma Akma

July 26th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Bulan Ramadhan merupakan waktu yang sesuai untuk para artis mencari pendapatan lebih menerusi penjualan di bazar Ramadhan. Emma Akma merupakan salah seorang artis wanita yang turut mengambil peluang untuk berniaga di bulan yang mulia ini, di mana beliau telah membuka gerai ayam percik yang terletak di Bazar Ramadhan Bukit Jalil.

Menurut Emma, beliau merupakan salah seorang ahli Barisan Artis Nasional (BRAN) di bawah Presiden Dato’ AC Mizal. Tahun ini merupakan kali pertama Emma berniaga ayam percik di Bazar Ramadhan dan beliau bersyukur kerana sambutannya amat menggalakkan. Terdapat juga peminatnya yang sanggup datang dari Kedah dan Pahang hanya untuk membeli ayam percik setelah beliau war-warkannya menerusi akaun Facebook.

Menurut Emma, ayam percik miliknya ini merupakan resepi saudara-maranya sendiri. Ramai peminat yang memuji ayam percik Emma dan mereka mengatakan bahawa kuah ayamnya pekat, tidak pedas dan tidak terlalu manis. Tambahan pula, harganya sangat berpatutan iaitu hanya RM3.50 seketul.

Bagi peminat Emma Akma yang ingin merasai sendiri kelazatan ayam percik ini, anda boleh singgah di Bazar Ramadhan Bukit Jalil nanti.

Sumber : Gua.com

SKIP THIS AD ×