berita

Bercinta Hanya Sebentar, Maya Karin Bikin Lagu Cinta Untuk Bekas Kekasih

February 24th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Maya Karin Listening Party-6

Dalam sibuk mempromosikan filem terbarunya Sejoli: Misi Cantas Cinta arahan Osman Ali, pelakon dan penyanyi jelita ini juga kini sedang giat merakamkan lagu untuk album terbarunya yang bakal menemui peminat pada 4 Mac depan.

Menariknya, Maya Karin mengatakan bahawa salah sebuah lagu baru yang berjudul Hanya Sebentar diilhamkan daripada kisah cintanya suatu masa dahulu.

Lebih mengujakan, lirik lagu yang dicipta oleh Omar K itu berkisarkan tentang salah satu episod kehidupan Maya Karin yang dikatakan pernah jatuh hati dengan jejaka yang sudah berpunya.

Maya Karin Listening Party-9Maya Karin pernah jatuh hati dengan jejaka yang sudah berpunya

“Dalam dua, tiga tahun lepas rasanya, saya ada jumpa seorang jejaka ni. Berkenalan sebagai kawan dan rasa macam suka lah dengan dia.

Tapi macam tajuk lagu itu jugalah kan, ‘Hanya Sebentar’. Jadi saya pun jatuh cinta sekejap sahaja. Sebab bila dah tahu dia hak orang lain, saya pun tak nak ganggu hubungan orang. Saya pun jauhkan diri.”

Oleh kerana Maya Karin sering menceritakan kisah cintanya kepada Omar K, komposer itu akhirnya telah mencipta sebuah lirik berdasarkan pengalaman hidup wanita berusia 35 tahun ini.

“Saya rapat dengan Omar K. Jadi saya selalu bercerita dengan dia pasal hidup saya. Tapi saya cerita saja-saja je. Tiba-tiba dia tunjuk dekat saya lirik lagu ni. Saya pun terkejut juga.”

Maya Karin turut menjelaskan bahawa dia sebenarnya telah lama bercita-cita untuk menghasilkan album barunya yang berjudul ‘Teka-Teki’ ini namun hasratnya itu terbatas akibat kekangan masa.

“Sudah lebih 11 tahun saya tak keluarkan album, semuanya atas faktor rezeki juga. Tapi Alhamdulillah, untuk album ni, semuanya berjalan lancar.

Saya mula rakam album ini pada tahun lepas dan proses penulisan lirik lagu pun siap dengan cepat. Video klip juga telah siap dan kebanyakannya saya shoot dalam studio dan guna animasi untuk cantikkan video tersebut.”

Maya Karin Listening Party-15Maya Karin ‘sporting’ bersama peminatnya

Dalam pada itu, ‘Maya karin Listening Party’  diadakan dengan tujuan utama untuk memberi peluang kepada para peminatnya memilih single kedua Maya Karin. Antara lagu lain yang diperdengarkan pada majlis itu ialah ‘Bintang Syurga’, ‘Logika’ dan ‘Titi Rahsia’.

Album yang membawa genre pop ini juga mendapat sentuhan oleh beberapa komposer terkemuka yang lain seperti Audi Mok, Mike Chan dan Kimberly. Mari kita lihat beberapa keping foto Maya Karin di sekitar majlis tersebut.

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)