
Pelakon, Maya Karin berkongsi pemilihan kostum untuk filem Duyung: Lagenda Aurora yang bakal ditayangkan nanti dibuat berdasarkan keselesaan semasa penggambaran.
Artikel Berkaitan: Maya Karin Kongsi Foto ‘Shooting’ Filem ‘Duyung: Lagenda Aurora’, Netizen Terpesona Lihat Wajah ‘Bare Face’
Artikel Berkaitan: Maya Karin Tak Sangka Watak Duyung & Pontianak Beri Impak Besar – ‘Sampai Sekarang Orang Masih Ingat’
Keselesaan

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Maya Karin Roelcke berkata perkara itu turut dibincangkan bersama penerbit dan mereka memilih pendekatan yang lebih praktikal.
Sebenarnya, untuk filem Duyung yang lalu ia mempunyai warna yang lebih natural. Kostumnya juga sangat berat dan sukar untuk dipakai.
Tapi untuk kali ini, penerbit dan pihak produksi cuba memudahkan semua orang, bukan sahaja para pelakon tetapi juga kru di sekeliling.
Dalam filem ini, kami mahu menceriakan dan meningkatkan lagi warna-warna laut supaya lebih seimbang dengan ikan-ikan, batu karang dan elemen lain.
Menurut pelakon drama Ombak Rindu itu, filem itu juga bakal menampilkan keistimewaan baharu yang dikatakan memberi nafas segar kepada cerita.
Keistimewaan dalam filem ini ialah duyung mempunyai kuasa mereka sendiri iaitu boleh berjalan di bumi yang nyata dan juga berenang, itulah kelainannya.
Sebelum ini, segelintir netizen mempertikai kostum duyung yang dipakai pelakon filem itu, mendakwa ia kelihatan murah selepas trailer ditayangkan.
Malah, netizen turut membandingkannya dengan filem duyung terdahulu yang dikatakan lebih realistik dan menarik.
Sekadar makluman, Duyung: Legenda Aurora bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Disember 2025.
Filem itu menampilkan barisan pelakon seperti Anna Jobling, Maya Karin, Saiful Apek, Ayie Floor 88, Yasmin Hani, Yassin Senario, Datuk Yusry Abdul Halim, Nadia Brian, Kumpulan Zero, Aniq Aqil dan Aidilia Hilda.

![[VIDEO] Pekerja Coffee Bean Fasih Bertutur Bahasa Korea Curi Perhatian Warganet](https://media.says.com/2026/09/yu9GYzFz-download.png)





![[VIDEO] Roslan Shah Sebak Pertemukan Sajat & Ibu – ‘Dia Memeluk Anak Yang Sudah Lama Tidak Bertemu’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/IMG_0375.jpeg)
