berita

Berebut Kekasih & Cemburu Punca Dua Pelajar Bertumbuk Di Kelantan

September 14th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Gaduh Sebab Berebut Kekasih

Sekitar seminggu yang lalu tular mengenai kejadian bertumbuk melibatkan dua pelajar sekolah menengah di Kampung Bukit Kecik, Kota Bharu, Kelantan.

Artikel Berkaitan: ‘Boleh Tak Jangan Dibuang Sekolah, Buang Ke Laut Je’ – Azhan Rani

Berebut kekasih

Gaduh Sebab Berebut Kekasih

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, berebut kekasih serta perasaan cemburu dalam diri salah seorang yang terlibat menjadi punca sebenar pergaduhan tersebut.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, setakat ini pihaknya sudah pun memanggil lima orang pelajar berusia antara 14 hingga 15 tahun bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan, kita percaya ia disebabkan cinta dalam kalangan pelajar yang menyebabkan cemburu.

Hasil laporan polis dan tular video kejadian, polis membuat siasatan termasuk mengambil keterangan lima saksi. Kita berjaya mengenal pasti dua remaja dalam kes itu (bertumbuk) iaitu pelajar berusia 14 tahun dan 15 tahun.

Sebelum itu, mereka berjanji hendak jumpa di suatu tempat untuk beradu kekuatan dan rakan-rakan yang tahu kemudian hadir menjadi penonton.

Sementara itu, Zaki memaklumkan bahawa pihaknya akan melakukan yang terbaik bagi memastikan kegiatan yang tidak bermoral seperti ini tidak berleluasa dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×